Hiburan By: SGMS Faida July 27, 2018 @ 6:00am

Tak Popular? Dafi Okay Jer…

Sebelas tahun berada dalam industri seni suara banyak mengajarnya lebih matang. Kata pemilik nama Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, dia akur dengan perubahan yang dilaluinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“ Sebagai artis, saya sedar tak mungkin kita kekal diminati sampai bila-bila. Bakat baru muncul saban tahun.

“ Saya terima dengan hati terbuka namun itu tidak membuatkan saya mengalah. Biasalah…macam barang juga, kalau lama-lama reput kan,” katanya sambil ketawa.

Dafi yang ditemui di majlis pelancaran jamu Mutyara di WowKL memberitahu, dia kini mahu fokus terhadap perniagaanya dan enggan bergantung serratus peratus kepada rakan kongsinya.

“ Saya masih terima tawaran menyanyi cuma tidaklah seperti dulu. Saya kini lebih fokus dalam bidang perniagaan.

“ Perniagaan pun dah berkembang. Lebih baik saya tumpukan perhatian dan tidak membuat banyak kerja dalam satu masa. Serabut jadinya nanti,” katanya.

Akui Dafi, mencari populariti bukan menjadi keutamaanya lagi.

“ Apa yang lebih penting adalah kekal relevan dalam industri. Saya anggap situasi ini normal sebagai kitaran hidup seorang artis. Kadang-kadang di atas dan bila sampai masa, kita akan berada di bawah pula,” katanya.

 Dafi membuka syarikat pengurusan artis Laugh Out Loud (LOL) sejak tahun 2010 bersama seorang rakan kongsi, Afeeq Abdul Wahab. Antara artis yang bernaung di bawah pengurusan LOL adalah Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana, Intan Sarafina, Liza Hanim, Janna Nick dan Fikry Ibrahim.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 21 May 2019
Hiburan Fri, 10 May 2019
Hiburan Mon, 5 Nov 2018

Duduk Dengan 340,000 Ekor Lebah, Shuib Berjaya Sahut Cabaran ‘Bee Man’

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan kagum dengan keberanian suami kepada penyanyi Siti Sarah itu. 

Featured Fri, 7 Oct 2022

[VIDEO] Nuha Nekad Lari Dari Adam, Tapi Mengandung Pula! Ruang Instagram Bella Astilah Dibanjiri Komen Netizen – “Jangan Patah Balik!”

Uishhh, makin melampau ek si Adam ni 🥵 Dah kuat nak tinggalkan Adam, mengandung pulakk 😭 Emosi min tengok drama ni 🤣