Acara By: Fatin Nurain November 15, 2022 @ 11:38am

Kolaborasi Pecah Antara 2 Negara! Kugiran Masdo & The Changcuters Bakal Adakan Konsert 29 Disember Ini

Kugiran Masdo bakal berkongsi pentas bersama kumpulan Indonesia, The Changcuters dalam sebuah konsert yang akan berlangsung pada 29 Disember ini.

Bertempat di Zepp Kuala Lumpur, konsert yang dinamakan Kugiran Masdo x The Changcuters itu dianjurkan oleh Kugiran Masdo Empire (KME) buat julung kalinya dengan menggabungkan dua kumpulan dari negara yang berbeza.

Umum tahu, dua kugiran dari Malaysia dan Indonesia ini mempunyai keunikan tersendiri dalam setiap karya mereka yang mampu menyatukan penggemar muzik di dunia.

Menurut Azanol selaku penganjur, konsert gabungan dua kugiran ini bakal menjadi signifikasi penutup tahun 2022 yang telah membangkitkan semula kegemilangan industri muzik tanah air.

“Sebagai penganjur KME mahu membawakan sebuah hiburan yang bersifat nusantara dan sangat berbesar hati kerana dapat menyatukan Masdo bersama The Changcuters.

“Ini melambangkan muzik tempatan atau dari negara jiran tidak ada beza jika kita saling menghargai, menyokong dan menghormati.

“Dengan dua genre muzik yang ‘gila gilaan’, disokong peminat yang sangat menjadi tulang belakang kelangsungan perjuangan kami, KME percaya Kugiran Masdo x The Changcuters di Zepp KL kelak akan mendapat sambutan.

“Apalagi pemilihan tanggal 29 Disember sebagai sebuah signifikan penutup tahun 2022 yang sudah melihat industri seni kembali semarak dan kami berharap kehadiran 2023 akan memberi lebih banyak rezeki serta kesempatan baik untuk seluruh industri terutama muzik,” katanya.

Sementara itu, The Changcuters juga menyatakan rasa teruja mereka untuk kembali ke Malaysia setelah sekian lama tidak membuat persembahan di hadapan peminat, terutamanya buat Changcut Rangers.

“Tentu sekali lamaran yang diberi tidak akan disia siakan. Kugiran Masdo adalah sebuah ‘maniac’ di Indonesia dan The Changcuters sangat berbesar hati untuk berkongsi panggung dengan mereka.

“Kami akan pastikan malam Kugiran Masdo X The Changcuters adalah momen tak terlupakan buat semua penggemar kami,” katanya.

Orang ramai boleh mula dapatkan tiket dengan harga RM159 (Minami), RM179 (Berchanda), RM199 (Gila Gilaan), RM249 (Amore) dan RM799 (VIP Box) yang sudah mula dijual melalui https://tapau.asia/ticket.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Dec 2021

Geng Basikal Wanita Berlakon Jadi Cacat Ingin Masuk Tandas Khas Undang Kemarahan Netizen

Selepas video lelaki berlakon sebagai orang cacat demi mendapatkan ‘parking’ di petak khas golongan orang kelainan upaya (OKU), kini muncul lagi video membabitkan geng wanita berbasikal mempersendakan OKU. Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna […]

Hiburan Sat, 14 Apr 2018

Tak Kecewa Langsung, Hubungan Kami Dah Berakhir – Zul Ariffin

Kecewa? Tidak. Kalau melihat orang ‘berselfie’ dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif, inikah orang yang layak dibuat pasangan hidup?

Acara Mon, 4 Nov 2019

Keaslian ramuan Herbal Essences diiktiraf oleh Royal Botanic Gardens!

Bagi yang mencari syampu organik, inilah dia

Trending Fri, 25 Oct 2019
Featured Fri, 27 Jan 2023
Featured Fri, 20 Mar 2020
Kes Mahkamah Wed, 10 Jan 2024

Kes Ebit Lew: Temui 90 Foto, 3 Video Lucah Dalam Telefon… 17 Daripadanya Foto Kemaluan Lelaki!

Dalam telefon bimbit ini saya telah menemui 90 gambar dan tiga video yang disyaki berunsur seksual seperti gambar menampakkan kemaluan lelaki, buah dada perempuan dan lain-lain – Saksi kelapan