Hiburan By: Ad Ops September 27, 2019 @ 12:18pm

Kolaborasi Pertama BTS J-Hope dan Becky G Dalam Lagu Remake “Chicken Noodle Soup” Buat Peminat Teruja!

Army atau peminat fanatik BTS, Korang tahu ke? Salah seorang ahli kumpulan mereka iaitu J-hope akan mengeluarkan sebuah lagu bersama penyanyi yang cukup popular dengan lagu Mayores, Becky G. Excitednya! 

Lagu ‘Chicken Noodle Soup’ versi J-Hope dan Becky G akan dikeluarkan pada hari ini 27 September 2019, pada jam 6 petang menerusi you akaun rasmi Youtube Big Hit Entertainment. Countdown sama-sama guys!

 

 

Kolaborasi antara kedua-dua artis ini menjadi viral menerusi laman Twitter apabila netizen terhibur dengan tweet yang ditulis oleh Becky G dan BTS!

 

 

 

 

Peminat mula berteka-teki  tentang kolaborasi antara penyanyi ini. Wow! Makin letops lah BTS asyik berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa kan?

Lagu ini sebenarnya merupakan versi remake dari lagu ‘Chicken Noodle Soup’ milik artis Webstar dan Young B yang telah dikeluarkan pada tahun 2006. Kolaborasi lagu ini juga akan dikeluarkan dalam versi lirik Korea dan Spanish.

 

 

Lagu ini juga dikatakan memberi makna buat J-hope sendiri kerana, lagu tersebut merupakan lagu  pertama yang membuatkan beliau mula berkecimpung dalam dunia tarian.

Malah,  J-Hope juga membuat ulang koreografi asli dari lagu tersebut. Wow, tak sabarnya nak tengok!

Terdahulu, J-hope mengeluarkan album mixtape “Hope World” yang telah berjaya memasuki carta Billboard.

Ditulis Oleh: Dina Azmi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 May 2023
Hiburan Tue, 7 May 2019

Kyuhyun Officially Discharged + Performing Solo at Seoul Jazz Festival 2019

He is the last Super Junior member to complete his military enlistment!

Hiburan Tue, 11 Sep 2018

Empat Calon DJ Suria FM Tercalon Dalam Kategori Penyampai Radio Popular

Berkongsi keterujaan, Fizi berkata, pencalonan dalam ABPBH sangat penting dalam membantu meningkatkan kerjaya termasuk dalam aspek imbuhan.

Events Wed, 15 Jun 2022