Hiburan By: SGMS Faida July 16, 2018 @ 11:46am

Komen biadap? Sekat Saja!

Ibu mana yang tak sedih bila ada kata-kata negatif dilemparkan terhadap anaknya. Tiada seorang ibu di dunia pun yang tak berkecil hati sekiranya berdepan dengan situasi begini. Betul tak?

Bagi penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, beliau mempunyai cara tersendiri ketika berdepan dengan situasi ini.

“ Saya ambil pendekatan menyekat pengikut yang mengeluarkan komen negatif di laman Instagram.

“ Ini bagi menjaga keharmoniaan sekaligus menangkis aura negatif individu berkenaan.

“ Kalau komen yang ditinggalkan itu negatif, tetapi membina, saya boleh terima. Selalunya, mereka yang melontarkan komen negatif sengaja untuk ‘memancing’ emosi saya,” katanya.

Kata penyanyi terkenal ini, laman Instagramnya diibaratkan rumah dan beliau berhak memantau situasi agar sentiasa berada dalam keadaan terkawal.

Siti berkata demikian sebagai mengulas komen negatif yang diterimanya apabila memuat naik rakaman video anaknya, Siti Aafiyah di spa bayi, baru-baru ini.

Rata-rata netizen menganggap tindakan penyanyi Comel Pipi Merah itu sebagai tidak sesuai dan membahayakan Siti Aafiyah yang berusia empat bulan itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] “Kelakar, Bincang Tarikh Putus Cinta Macam Anniversary” – Netizen Kagum Erra Fazira & Datuk Awie Macam Best Friend

Alahai sweetnya Erra dengan Awie! Best kan ada friendship macam ni? Dua dua masuk air hehe

Selebriti Wed, 1 Nov 2023
Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Featured Sat, 12 Feb 2022
Hiburan Mon, 7 Aug 2023

Kunto Aji Berjaya Rawat Rindu 2,0000 Peminat Di Kuala Lumpur

Kehadiran penulis kreatif dan penyanyi penuh rasa berasal dari Yogyakarta, Indonesia, Kunto Aji sememangnya amat dinanti-nantikan oleh para peminat di Malaysia. Konsert Nusafest Kunto Aji yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Jumaat lalu ternyata […]

Hiburan Thu, 23 Mar 2023
Hiburan Fri, 30 Jun 2023

Kolaborasi Pertama Hazwani Helmi & Siqma, Lagu Wahana Suntik Mesej Kemanusiaan 

Fuhh, mendalam maksud lagu ni 😢 Melodi, lirik, semua perfect 😌😘