Hiburan By: SGMS Faida July 3, 2018 @ 5:05am

Komen ‘Makcik Bawang’ Buat Abby Abadi Tertekan?

Baru-baru ini, Abby Abadi mengambil anak angkat lelaki yang diberi nama Muhammad Daiyan Fayyadh.

Hasrat Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan untuk mengambil bayi dimakbulkan Allah selepas beberapa jam memuatnaik keinginannya di laman Instagram minggu lalu. Syukur, Alhamdulillah!

Namun apa yang merunsingkan Abby adalah komen netizen yang ‘terlebih risau’ apabila melihat gambar bayi baru ini dibawa berjalan ke pantai, baru- baru ini.

“ “Makcik (merujuk kepada netizen), mama pun dah tua. Anak-anak sendiri pun dah besar panjang dah. Mama pun risau kalau apa-apa jadi kat baby Daiyan. Mama jaga elok Insya-Allah.

“ Baby sihat sempurna. Bawa baby keluar ke mana-mana, mama minta Allah jaga. Jangan risau sangat ya. Mama jaga sebaiknya anak-anak mama,” tulis Abby menerusi Instagramnya.

Dalam masa sama Abby meminta netizen tidak perlu memberi mitos yang tidak benar sehingga menyebabkan dia berasa tertekan.

Menurutnya, gambar Daiyan di tepi pantai diambil berhadapan dengan tempat penginapannya untuk beberapa minit sahaja.

“Setakat ini Daiyan terjaga baik. Semalam kami pergi pantai sekejap saja 10/15 minit macam tu. Abah tengah buat kerja, pantai tu depan chalet tu saja.

“Ambil gambar lepas itu masuk semula chalet. Itu saja. Paling dahsyat pun mama ambil gambar Daiyan baring atas pasir. Tak jadi apa pun,” akhirinya.

Dengar tu! Netizen di luar sana, janganlah main ‘agak’ dengan andaian yang anda ciptakan sendiri. Stress pula mama Daiyan ni nanti. Jangan risau, Abby dah berpengalaman jadi ibu, dia lebih tahu apa yang terbaik untuk baby Daiyan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Bapa Syafiq Kyle Pengsan Di Majlis Ramah Mesra

Turut berada di tempat kejadian, ibu Syafiq, Rohaya Sulaiman, 55, dan ahli keluarganya.

Hiburan Fri, 5 Jan 2018

Abang Nak Tegur 3.0 Terima Kecaman Netizen

Bukan dislike yang dicari tetapi jumlah tontonan video muzik Abang Nak Tegur 3.0

Hiburan Sun, 6 Oct 2019
Hiburan Mon, 23 Dec 2019

Nina Iskandar Selamat Lahirkan Anak Sulung

Tahniah buat Nina & Lan Lebah!