Kongsi Detik Cemas, Heliza Helmi Rasai Gempa Bumi 7.4 Magnitud Di Indonesia -“Hotel Bergoyang Kuat!”

Pelakon, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi berkongsi detik cemas apabila merasai sendiri gempa bumi yang berlaku di Indonesia pagi tadi.

Heliza menerusi hantran di Instagramnya memaklumkan, kejadian itu berlaku ketika dia dan suami sedang tidur, namun terkejut apabila hotel berkenaan bergoyang dengan kuat.

“Innalillahi wainna ilaihi rojiun, Kakja tiba tiba tersedar dari lena asbab daripada penginapan yg kami menginap bergoyang kuat .

“Mula mula Kakja blur, apa yang sedang berlaku, tapi hotel bergoyang-goyang ke kiri ke kanan dan gegaran tu agak lama sampai pintu-pintu semua berbunyi!,” kongsinya.

Bagaimanapun, dia mengetahui mengenai kejadian itu selepas mendapat makluman dari pihak hotel, selain mencari maklumat berkenaan kejadian itu di internet  dan mengesahkan gempa bumi berskala 7.1 magnitud sedang berlaku.

“The first thing terus capai apa jubah semua untuk tutup aurat dengan sempurna sebab tak tahu apa berlaku.

“Lepas tu, call hotel tanya. Depa bagitau ada gempa bumi! Innalilahi wainna ilaihi rojiun.

“Bila google yang terkini belum dapat update, selepas beberapa minit google balik, sohih! memang berlaku gempa bumi. Doakan semuanya selamat di sini. Setakat ni alhamdulillah,” katanya.

 

Menjengah ke ruangan balas hantraan tersebut, rata-rata pengikut Heliza mendoakan agar pasangan ini sentiasa berada dalam keadaan selamat.

“Semoga Allah lindungi semua.. Kak ja jaga diri ya.

“Semoga kita selamat & dilindungi Allah. Saya di Ubud Bali pun rasa gegaran kuat. tengah mamai bangun jadi blur eh gempa bumi ni.

“Allahuakbar semoga dipermudahkan urusan heliza dan suami serta umat-umat islam di sana insyaallah aminnnn.

“Met malaysia pun ada update gempa kuat bermagnitud 6.6-6.9. Allahuakbar!,” komen netizen,” komen netizen.

 

Salma Syahbuddin