Kongsi Menu Bekal T20 Untuk Anak, Nabila Huda Buat Ramai Terliur!

Pelakon dan pengacara Nabila Huda sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas mempamerkan aksinya menyediakan bekalan untuk anaknya, Keisha ke sekolah.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Nabila menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Nabila tampil menyediakan beberapa makanan yang berkhasiat untuk puteri kesayangannya itu.

“Bekal for @lilkupukupu bawak pergi school is ready!!! Truffle garlic penne + napoletana sauce & wagyu steak serta buah jambu siap untuk di makan bentar lagi yaaa anak ku sayang,” tulisnya.

Melihat aksinya yang ligat memasak, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya dan rakan selebriti di ruangan komen.

Malah, ada juga yang menawarkan diri untuk menjadi anak angkatnya untuk menikmati air tangan pengacara itu.

Fatin Nurain