Kongsi Momen Manis Bersama Irfan Haris, Dalia Farhana Curi Perhatian Netizen – “Queen Sendu Dah Bahagia”

Penyanyi Dalia Farhana tampil mencuri perhatian dalam kalangan pengikutnya selepas berkongsi momen manis bersama penyanyi, Irfan Haris.

Menerusi perkongsian di TikTok, Dalia telah memuat naik videonya membuat trend langgar bahu diikuti dengan klip-klip reaksi Irfan setiap kali mereka berjumpa.

Lebih mencuri perhatian, Dalia turut menulis salah satu potongan lirik dari lagu Irfan yang berjudul Tak Pantas Untukmu.

“Tetap ku tunggu,” tulisnya.

@daliafarhana“tetap ku tunggu”♬ Tak Pantas Untukmu – Irfan Haris

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya gembira melihat Dalia bersama Irfan.

Fatin Nurain