Kongsi Video Di Butik, Aedy Ashraf Didakwa Tempah Baju Kahwin? Netizen Luah Rasa Teruja! – “Ukur Lilit Session”

Perkongsian terkini, pelakon Aedy Ashraf mencuri perhatian ramai yang berada di sebuah butik pereka fesyen terkenal.

Menerusi video tersebut, Aedy sedang mengambil ukuran badan bersama pereka fesyen terkenal.

“Ukur lilit session with Ruzaini Jamil,” tulisnya di kapsyen

Susulan itu, hantaran tersebut telah menimbulkan persoalan dan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya sama ada Aedy bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hati, aktres Amelia Henderson dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun, Aedy tidak memberi sebarang respons berhubung video tersebut.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 10,000 tontonan, 1,000 tanda suka dan 51 komen.

@aedyxashraff

ukur lilit session with @ruzainijamil

♬ Superhero (Heroes & Villains) – Instrumental – Metro Boomin

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Mesra, Amelia Henderson Panggil Aedy Ashraf ‘Sayang’… Netizen Komen – “Mohon Hormati Golongan Single!”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aedy Ashraf Kongsi Sweet Moments Bersama Amelia Henderson Di France, Rakan Selebriti Seru Cepat Kahwin! – “Jangan Tunggu Lama Please!”

Aqilah Paharuzi