Featured By: Aqilah Paharuzi December 7, 2022 @ 7:23pm

Kongsi Video Di Hospital, Ramai Cemburu Cara Izzue Islam Layan Isteri Penuh Kasih Sayang – “Setia & Bahagia..”

Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam mencuri perhatian ramai selepas berkongsi video isteri tercintanya, Awin Nurin berada di Hospital Columbia.

Video tersebut memaparkan Awin baru selesai rawatan dan Izzue dilihat setia menanti.

Berdurasi 59 minit, video itu dimuat naik oleh peminatnya di aplikasi TikTok dibanjiri dengan komen-komen netizen meluahkan rasa teringin untuk mempunyai suami penyayang seperti Izzue.

Tidak asing lagi nama Izzue sering dikaitkan sebagai seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan setia kepada isteri meskipun masih belum dikurniakan zuriat.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen mendoakan pasangan sejoli ini agar dikurniakan cahaya mata.


  1. Sebelum ini, Izzue mendedahkan pernah dihadiri oleh seorang wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri kedua semata-mata kerana mahu memberikan zuriat.

Namun begitu, aktor drama Rindu Kasih ini mereka sedang berusaha untuk menimang cahaya mata menerusi rawatan In vitro fertilization (IVF).

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih sebanyak 800,000 tontonan, 47,000 tanda suka dan 800 komen.

Artikel Berkaitan: Individu Wanita Tawar Jadi Isteri Kedua & Beri Zuriat, Izzue Islam Minta Tolong Jaga Hati Isteri – “Tak Manis Seorang Perempuan…”

Artikel Berkaitan: “Awal Perkahwinan Dulu Memang Sedih Cuma…” – Usia Perkahwinan Cecah 9 Tahun, Izzue Islam Dan Isteri Mahu Fokus Jalani Rawatan IVF

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Apr 2018

Sakit Kepala? Urut Badan Anda Di 11 Bahagian Ini Untuk Merawatinya

Sakit kepala? Tak payah telan pil, tak payah gosok minyak, tak payah hentak kepala.

Hiburan Mon, 22 Jan 2024
Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Trending Mon, 1 Jun 2020
Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Dua Tahun Sendiri, Amelina Bakal Kahwin?

Amelina dan bekas suaminya, Reduan Mahmood bercerai pada tahun 2016 dan menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan enam cahaya mata.

Hiburan Mon, 12 Aug 2019
Hiburan Thu, 16 Mar 2023
Featured Fri, 12 Aug 2022

“Tulang Belakang Sudah Menghimpit Jantung” – Jalani Pembedahan November Ini, Zamani Akui Takut

Semoga dipermudahkan urusan pembedahan Zamani dan dapat sembuh seperti sedia kala.