Kongsi Video Peluk, Ramai Tak Boleh ‘Move On’ Tengok Gelagat Imran Aqil & Dahlia Rizal – “Untunglah Dapat Isteri Terpaling Cantik!”

Pasangan sama cantik sama padan, Imran Aqil dan pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal mencuri tumpuan rata-rata peminat pasangan ini sejak diijabkabulkan pada Ahad lalu.

Menerusi perkongsian di TikTok, Dahlia dilihat berkongsi momen saat pertama kali memeluk suaminya seusai majlis resepsi pasangan ini yang berlangsung di Ayer Keroh, Melaka.

“Hi husband,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Peminat tak boleh move on

Melihat kemesraan yang ditunjukkan, rata-rata pengikut Dahlia dan Imran di platform berkenaan seakan tidak boleh ‘move on’ melihat pasangan ini akhirnya disatukan.

Malah, ada yang memuji dan menyifatkan Imran atau nama penuhnya, Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 24, bertuah kerana memiliki wanita cantik seperti Dahlia.

“How lucky Imran dapat wife terpaling cantik!

“Kita bukan jeles Imran diambil, tapi kita jeles dahlia telah diambil.

“Mereka dah boleh peluk! Ambil lah bumi ni Dahlia.

“Aku pun jeles Imran dapat Dahlia. Tapi so happy for both. Alhamdulillah.

“Standby, lepas ni habislah Imran dan Dahlia tapau semua trend.

“Nak kawin! Untunglah depa dah boleh peluk,” komen netizen.

Dalam pada itu, Dahlia juga berkongsi beberapa video pendek memaparkan momen manis sepanjang majlis resepsi mereka berlangsung.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 2 juta tontonan dan menerima lebih 300,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin.

Salma Syahbuddin