Featured By: Atiqah Johari November 24, 2022 @ 6:26pm

Konsep Sama Seperti Berjudi, Aedy Ashraf Tekad Tak Terlibat Dengan Forex – “Dapat Berjuta, Tapi…”

Sejak kebelakangan ini, ramai generasi muda termasuk dalam kalangan selebriti terlibat dengan aktiviti pelaburan tukaran mata wang asing atau forex.

Tidak terkecuali, pelakon kacak Aedy Ashraf mengaku pernah terlibat dengan aktiviti forex tetapi dia menasihati generasi muda untuk sedaya upaya tidak terlibat kerana ia sama seperti perjudian.

“Nasihat saya adalah untuk tidak terlibat dengan forex, never!

“Sebab saya pernah terlibat dengan forex dalam setahun. Jadi, saya dah faham apa itu forex, macam mana game dan dia punya sistem… Jadi, secara asasnya ia sama macam judi,” katanya kepada XTRA.

Aedy ditemui di sesi fotografi drama Budak Tebing 3 di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

Namun begitu, Aedy mengetahui bahawa ada segelintir individu akan tetap menafikan pendapatnya itu.

“Cuba sebaik mungkin untuk tidak terlibatlah, ada banyak faktor tapi kalau saya cakap pun nanti akan ada orang yang menegakkan benang yang basah,” ujarnya.

Kongsi Aedy, dia menganggap forex sama seperti berjudi kerana konsep pelaburan itu sendiri, malah tidak ada sesiapa pun yang mengetahui di mana pasaran forex tersebut.

“Kalau awak main forex ia sama seperti main judi sebab winning ratio masih 70 atau 80 ke 20. Tak ada orang dalam Malaysia atau dalam dunia yang tahu where the markets,” jelasnya lagi.

Malah, dia turut mendedahkan bahawa mempunyai ramai kenalan yang terlibat dengan aktiviti ini berjaya memperoleh jutaan ringgit namun dia tetap dnegan pendiriannya menyatakan ia bukan perkara yang baik.

“Saya ada ramai kawan yang main forex, dapat berjuta melalui forex tapi kalau orang tanya forex benda bagus tak? Saya akan cakap tidak.

“Kalau ada teman rapat atau budak kecil tanya saya, saya akan terus cakap untuk tidak terlibat sebab akan rugi banyak duit berbanding jumlah yang diperoleh,” tegas Aedy.

Sedia maklum, aktiviti forex adalah sesuatu yang bercanggah dengan agama dan hukumnya haram kerana mempunyai unsur riba.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 16 Nov 2018

Gadis Terdesak Lelong Dara Dengan Harga RM12 Juta?

Giselle dikatakan telah berjaya menemui ‘pembelinya’ yang sanggup membeli pada harga lebih 12 juta

Events Tue, 2 Aug 2022

Dituduh Berhenti Mengejut, Fizi Ali Tampil Beri Penjelasan – “Saya Minta Restu Semua Pihak Sebelum Berhijrah”

Haa, Fizi Ali pun dah beri respons tu. Harapnya dengan penjelasan Fizi ini dapat meredakan suasana tegang.

Featured Mon, 25 Mar 2024

Kongsi Video Keluarga, Kecantikan Anak-Anak Mustapha Kamal Raih Perhatian  – “Family Megah Holding Original”

Mestilah anak-anak segak dah mak paknya pun segak. Tengok Susan Menon tu, awet muda kan?😍

Hiburan Fri, 2 Nov 2018

Para Gadis, Jangan Makan Hati…Hans Issac Mengaku Dah Ada Buah Hati!

Namun, gosip percintaan Hans dan pengacara terkenal Neelofa mula bertiup kencang baru-baru ini. Kalau betul, apa salahnya kan?

Featured Fri, 5 Mar 2021
Featured Thu, 4 Apr 2024

Aliff Aziz Lebih 8 Kali Ke Pavillion Suites, Bella Astillah Dedah Bukti Ruhainies Berbohong -“Waktu Tu Mereka Ada Bersama”

Allahuakbar! Geramnyaaaa dengar bila Bella cakap Ruhainies buat-buat terkejut😡😡😡

Contest Mon, 7 Oct 2019

xtra好康头 | 送你《任贤齐「齐迹」2019云顶演唱》入门票

xtra好康头 送你《任贤齐「齐迹」2019云顶演唱》入门票,让你现场见证「齐迹」的发生!