Featured By: Maya Basir October 17, 2022 @ 6:13pm

Konsert Gigi Nakal Sama Dengan Tarikh PRU15?

Penyanyi berkumpulan popular Indonesia, Gigi tetap akan mengadakan konsert Gigi Nakal di Zepp Kuala Lumpur pada 5 November depan walaupun Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijangka akan diadakan pada tarikh yang sama.

Menurut Eksekutif YOLO Malaysia dan selaku penganjur, Hanif Hamzah memberitahu ia tidak mendatangkan masalah jika tarikh mengundi jatuh pada hari yang sama kerana konsert bermula pada sebelah malam.

“PRU-15 adalah tanggungjawab kita bersama sebagai rakyat. Mungkin kalau ia berlaku, ini akan menjadi kelainan bila kita dapat lihat penonton yang datang, semuanya dengan jari bertanda dakwat,” katanya yang ditemui semasa sidang media Konsert Gigi Nakal di Kuala Lumpur secara maya.

Tambahnya, belum ada perancangan untuk pemulangan wang pembelian tiket sekiranya tarikh konsert bertindih dengan PRU-15.

“Pihak kami faham setiap individu perlu mengundi di kawasan yang didaftarkan dan mungkin di luar Lembah Klang dan Selangor. Itu adalah atas perancangan sendiri.

“Setakat ini, kalau untuk pemulangan wang pembelian tiket kepada mereka yang perlu mengundi di luar kawasan, mungkin tidak ada keperluan.

“Namun, sekiranya ada sesiapa yang dah beli tiket dan ada kerisauan, boleh emel kami dan kita bincangkan apa yang boleh dilakukan,” katanya.

Susulan dari itu, Haniff berkata, jika lokasi mengundi masih dalam Semenanjung Malaysia maka, tidaklah sukar untuk datang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri konsert.

“Cuma, jika di Sabah dan Sarawak mungkin agak mustahil. Ada kenalan saya yang maklumkan, akan pulang mengundi di Johor Bahru dan akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menonton konsert.

Apa pun, yang penting jangan lupa jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk mengundi,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Mar 2023

Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri

Hafidz Roshdi tidak mengaku salah

Trending Mon, 22 Oct 2018

Al- Fatihah…Chef Boe Sudah Tiada

Bagi penggemar hidangan barat Station 21 Sizzling Steak Bangsar, berita ini mungkin mengejutkan anda!

Hiburan Mon, 2 Sep 2019

‘Ya Allah Bersihnya Muka Dia…’- Ashraf Muslim Kongsi Pengalaman Terindah Di Tanah Suci

Beruntung sungguh Ashraf…doakan kesejahteraan kami di sini ya! 

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

HANYA DOA SELAMAT UNTUK BAYI SULUNG SAYA – DATUK SITI NURHALIZA

Dia akan melalui proses berpantang sama seperti wanita lain dan akan membuat latihan vokal untuk mengembalikan tenaga dan aktif dalam bidang nyanyian selepas bersalin nanti

Events Fri, 21 Jun 2019

洪金宝获颁终身成就奖!第三届《金环奖》入围名单出炉

洪金宝获颁终身成就奖!第三届马来西亚《金环奖》入围影片及五强入围名单出炉。

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Paduan Suara Hael Husaini, Syafinaz Selamat Nampak ‘Mahal’

Persembahan Hael Husaini meraikan kepelbagaian dengan menampilkan wanita pelbagai saiz dan rupa melalui lagu Hajat berjaya menambat hati penonton. Malah lebih meyakinkan dengan penampilan istimewa Datuk Syafinaz Selamat mengiringi latar vokal soprano menjadikan lagu Hajat […]