Hiburan By: SGMS Faida October 17, 2018 @ 11:00am

Konsert Memang WOW, Mariah Carey Masih Belum Hilang ‘Sengat’

Hebat! Itu rumusan terbaik usai tamat konsert Mariah Carey Live In Kuala Lumpur, malam tadi.

Perjalanan konsert berdurasi selama 1 jam 15 minit semalam menyaksikan penyanyi lagenda ini masih ‘berbisa’.

Menerusi persembahan semalam, rata-rata penonton cukup terhibur dengan seleksi lagu dipersembahkan.

Sebanyak 17 buah lagu dinyanyikan tanpa sebarang gangguan vokal mahupun teknikal. Memang power!  

Diva terkenal berusia 48 tahun itu muncul di pentas Dewan Plenari Kuala Lumpur tepat jam 9 malam dengan lagu yang cukup hits suatu ketika dahulu, Honey.

Carey turut mendendangkan rangkaian lagu Shake It Off, Make It Happen, Fantasy, Always Be My Baby, Emotions dan banyak lagi.

Pendek kata… memang suatu kepuasan menyaksikan penyanyi yang diiktiraf majalah Billboard sebagai artis 1990-an paling berjaya di AS itu.

Kejutan paling manis, Carey mengakhiri konsert malam tadi dengan menyebut, ‘ Terima Kasih, Saya Sayang Kamu’ yang mendapat sorakan penonton yang hadir.

Terdahulu, diva terkemuka ini pernah datang ke sini untuk konsert Me. I Am Mariah Live In Malaysia 2014 sekaligus mempromosikan album terbarunya Me. I Am Mariah… The Elusive Chanteuse. 

Sementara itu, beberapa penyanyi terkenal tanah air seperti Ziana Zain, Anuar Zain dan Idayu turut  kelihatan di dalam dewan memberi sokongan.

Datang lagi nanti ok? We all memang enjoy! 

Sumber gambar: Malaysian Lambs

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 10 Nov 2018

KARD Terkejut Popular Di Malaysia

Walaupun baru setahun dalam industri nyanyian, impak diterima KARD setanding BTS tau!

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Ara Johari Ulang Kejadian Tahun Lepas Di AJL 33?

Lagu Bunga yang merupakan antara killer song pada malam ini ternyata membuatkan rata-rata penonton kecewa.

Featured Wed, 13 Oct 2021

Bas Elektrik Pertama di Sabah Akan Beroperasi Tidak Lama Lagi

Kerajaan negeri Sabah akan melaksanakan projek bas elektrik yang pertama akhir tahun ini di bandar Kota Kinabalu bagi menyediakan pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry […]

Featured Mon, 14 Nov 2022
Hiburan Mon, 15 Jan 2018

Farid Kamil Bawa Pistol Ke Lokasi, Betul Ke?

Pengarah drama, Shuhaimi Lua mendedahkan Farid bukan sahaja menampar pelakon senior, malah beliau juga turut membawa pistol ke lokasi.

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Hebat! Leftenan Zana Terima 25.5 Juta Penonton

Penerimaan luar biasa penonton menerusi drama Leftenan Zana ini membuktikan TV3 tidak hanya menghidangkan kisah cinta untuk tatapan penonton

Featured Wed, 9 Aug 2023

Kongsi Video Di Butik, Aedy Ashraf Didakwa Tempah Baju Kahwin? Netizen Luah Rasa Teruja! – “Ukur Lilit Session”

Awhhh, Aedy tempah baju kahwin ke tuuu? 👀 Tak sabarnya min nak tengok Aedy, Amelia naik pelamin! Hiks 🤍😜

error: Content is protected !!