Featured By: Salma Syahbuddin November 30, 2022 @ 1:03pm

Konsert ‘Senandung Malam Payung Teduh X Pusakata X Efek Rumah Kaca’ Hadiah Birthday Nabila Huda

Pelakon versatils yang juga penganjur konsert Senandung Malam, Nabila Huda mengakui konsert yang menggabungkan kumpulan indie popular Indonesia seperti Payung Teduh dan Efek Rumah Kaca bagaikan durian runtuh untuknya.

Apatah lagi, ia boleh dianggap sebagai hadiah sempena hari lahirnya daripada suami tercinta, Mohd Izwan Johar.

Menurut Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil, dia dan suami tidak meletakkan sebarang jangkaan untuk konsert Senandung Malam malah bersyukur dan tidak sangka kerana dapat menggabungkan kumpulan ini dalam satu konsert yang sememangnya menjadi impian buat Payung Teduh yang kini dikenali sebagai Parade Hujan dan Efek Rumah Kaca untuk membuat persembahan bersama.

” Saya tak ada expectation, dia macam it’s always like this tau… Saya cakap dengan husband bagi hadiah untuk birthday present apa? Untuk birthday saya tahun ni. Then, saya cakap why not you bagi Payung Teduh. At first,  saya memang fikir Payung Teduh lah kan…  Saya tak terfikir pula dapat bonus Efek Rumah Kaca then masa dia datang balik, suami bagitahu dia dah lock. Katanya kita dapat Pusakata, Payung Teduh dan Efek Rumah Kaca. Then saya macam what?

“Kebetulan ini adalah kali terakhir vokalis Efek Rumah Kaca membuat persembahan sebelum dia terbang berpindah ke United States (US).

” Apa yang  paling sweet kita ni dapat dia, dah lah sekali dapat dengan Payung Teduh which is mereka dah memang idam nak perform together dan Efek Rumah Kaca pun dah persembahan terakhir. 

“Kalau mereka nak buat persembahan selepas ini, mereka akan guna nama lain,” katanya.

Sementara itu, Abil juga sempat berkongsi perjalanan konsert Senandung Malam yang akan  berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada 30 November ini yang disifatkannya berjalan dengan sangat lancar meskipun perancangannya hanya mengambil masa sebulan iaitu pada penghujung Oktober lalu.

“Betul! After there syncronised, benda ni tak dirancang dan semuanya kebetulan. Serius! 

“Saya tak tau macam mana, Alhamdulillah. Saya cakap kat suami seriously our journey ni memang smooth dengan tak ada benda yang sengsara pun. Saya cakap dengan dia maybe Allah dengar wish awak sebab awak punya keadaan pula macam mana, yang tak putus-putus berdoa memang orangnya macam begitu kan.

“Jadi, mungkin inilah doa yang suami saya minta yang sekejap ni je terus termakbul. Perjalanan dia smooth je, tak ada masalah langsung.

“Lagipun benda ni kami plan sebulan sebelum show iaitu penghujung Oktober. Kemudian,  less than two months termasuklah check hall ada available ke tak, memang semuanya start daripada bawah, Alhamdulillah.

“Walaupun konsert tidak dapat diteruskan untuk hari kedua kerana banyak faktor ada some of them yang nak kena balik… Lepas tu tempat tapi tak mengapa, kita tetap buat persembahan  untuk satu malam sahaja dan kita jadikan ia malam yang indah untuk everybody,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @neptunespresents_

Tambah Abil lagi, dia tidak menduga penjualan konsert Senandung Malam juga laris apabila berjaya terjual dalam tempoh kurang satu jam walaupun konsert tidak dapat diteruskan untuk malam kedua kerana melibatkan pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan.

“Yes, Alhamdulillah. Dalam masa 50 minit. I didn’t expect this. Macam saya… Kita ni bukannya konsert promoter yang memang dah biasa buat.

“Jadi, bagi saya, apa benda yang saya nak buat ni adalah semuanya  it’s all about kita nak bagi orang dengar good muzik je. Itu niat Saya. Bukannya kita nak fikir makesure tiket sold out… i didn’t expect this.

“Walaupun konsert tidak dapat diteruskan untuk hari kedua kerana banyak faktor ada some of them yang nak kena balik… pastu tempat tapi takpelah, kita stay kan je untuk satu malam dan kita jadikan ia malam yang indah untuk everybody,” ujarnya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @neptunespresents_

Dalam pada itu, Abil juga mengakui secara peribadi dia amat meminati kumpulan Indie ini bukan kerana muzik folks yang dibawakan semata-semata, tetapi kecintaannya terhadap kedamaian dan ketenangan.

“Saya memang minat Payung Teduh. Keisya pun minat sebab dia selalu dengar kami di rumah selalu buka lagu mereka, sama juga seperti kumpulan Efek Rumah Kaca.

“Lagipun saya juga suka kepada kedamaian dan ketenangan. Bagi saya Payung Teduh atau Parade Hujan, Pusakata dan Efek Rumah Kaca adalah contoh muzik yang akan membawa kita mengembara ke satu alam yang amat menyenangkan.

“Jadi, saya mengajak peminat-peminat muzik untuk bersama-sama saya bernyanyi di Senandung Malam,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

Sufian Suhaimi Belum Sedia Buka Hati

Lagipun lagu Di Matamu mendapat sambutan baik peminat. Saya tidak mahu momentum lagu ini terganggu akibat kisah peribadi.

Trending Mon, 28 May 2018

Cayalah! ‘Spiderman’ Benar Wujud Di Kota Paris

Sementara itu, Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo dalam kenyataan di Twitter telah menghubungi dan memberi penghargaan kepada Mamoudou Gassama.

Trending Wed, 23 Sep 2020
Trending Mon, 12 Oct 2020
Featured Fri, 2 Dec 2022

Mengaku Kerap Terkucil, Kriteria Pemilihan Lagu Jadi Keutamaan… Ikut Kemampuan Vokal Nabila Razali

Penyanyi terkenal, Nabila Razali lebih teliti dalam memilih sebuah lagu untuk dinyanyikan selepas acap kali ‘terkucil’ sewaktu melakukan persembahan. Ketika ditemui oleh XTRA, Nabila menceritakan pemilihan lagu menjadi keutamaan kerana ingin selari dengan kemampuan vokal

familuv Thu, 8 Nov 2018
Featured Mon, 1 Feb 2021
Featured Fri, 9 Sep 2022

Izwan Azir Saleh Kesal Warganet ‘Miskin Simpati’ Terhadap Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Kenanglah jasa baginda mengurniakan kemerdekaan untuk negara kita – Izwan Azir Saleh

Featured Fri, 13 Jan 2023

| Live TV