Konsert Trio Dibatalkan, Elak Rugi

Disebabkan masalah penajaan dan kos tinggi, Konsert Trio membabitkan penyanyi Khai Bahar, Wany Hasrita dan Sufian Suhaimi yang sepatutnya berlangsung pada 2 November di Stadium Malawati Shah Alam terpaksa dibatalkan.

Pengarah konsert, Mohd Azlan Abd Sukor berkata, hasil perbincangan dan nasihat beberapa pihak, pembatalan konsert itu keputusan terbaik bagi mengelak kerugian lebih besar.

“Pihak kami sudah mengumumkannya dalam website. Wang akan dikembalikan kepada peminat yang sudah membeli tiket secara berperingkat.

“Saya akui disebabkan pembatalan konsert itu, kami terpaksa menanggung kerugian mencecah RM40,000 yang membabitkan wang pendahuluan artis, deposit sewa stadium dan banyak lagi.

Penganjur mengumumkan dari empat lokasi jelajah ditukar kepada satu saja, sebelum ini.

Ikutkan perancangan, tiga lokasi lain yang terpilih adalah Expo @ Danga City Mall, Johor Bahru (3 Julai), Stadium SUKPA, Kuantan (17 Ogos) dan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar (5 Oktober).

Oleh: Guy Masaki

Del14