Hiburan By: SGMS Faida April 24, 2019 @ 9:05pm

Kos Bertambah Punca ‘Ketuk-Ketuk Ramadan’ Dihentikan

Kos penerbitan bertambah antara punca utama pemilik JS Pictures, Azman Yahya atau Jinggo mengambil keputusan tidak meneruskan program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan pada musim depan.

“Saya dan isteri (Sheila Rusly) memang sedih dengan keputusan yang terpaksa dibuat selepas 15 tahun program ini bersiaran.

“Saya tahu program ini sangat dekat di hati penonton malah Sheila pernah menangis ketika penggambaran musim akhir program itu baru-baru ini,” kata Jinggo.

Jinggo ditemui pada sidang media program khas Ramadan 2019 ‘Sucinya Ramadan’ di Angkasapuri berkata kos penerbitan sejak beberapa musim lalu bertambah kerana pihak mereka perlu mencari idea-idea baru.

“Sejak lima tahun lalu, kami cuba bertahan sedaya upaya dengan mencari tajaan termasuk dalam bentuk tunai.

“Jika dulu artis mungkin boleh dibayar dalam RM300 sebagai tetamu jemputan tapi keadaan itu sudah berubah.

“Ada setengah artis jemputan pula mahu penginapan hotel atau tiket kapal terbang kalau mahu dijemput ke set.

“Malah lokasi penggambaran juga perlu dipelbagaikan sehinggakan kami melakukan penggambaran di luar negara,” kata Jinggo.

Katanya, kos penerbitan pernah mencecah kos sehingga RM300,000 dan ia tidak berbaloi dengan harga yang dibayar pihak stesen TV.

Bagaimana pun, Jinggo tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak berkaitan isu kos yang semakin tinggi menyebabkan mereka terpaksa membuat keputusan ini.

Sebaliknya dia berterima kasih kepada RTM memberi peluang kepada syarikatnya untuk bersiaran selama 15 musim.

Selain itu, dia turut kasihankan isterinya yang sering penat mental dan fizikal kerana perlu mencari kelainan serta olahan pada kandungan program itu setiap musim.

“Dia sering ke sana sini termasuk ke negara Asia semata-mata mahu mencari resepi dan idea baru,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Bahagian Program TV RTM, Norliza Mohd Ali, berkata RTM tiada hasrat menggugurkan program itu walaupun sudah 15 musim bersiaran.

Beliau berpendapat ia sebuah program yang bagus dan mempunyai pengikut tersendiri di TV1 setiap kali bulan Ramadan.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 4 Sep 2022

Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya, Ikmal Amry Sekeluarga Syukur Terselamat

Ikmal Amry dan keluarga terlibat dalam kemalangan

Hiburan Wed, 9 May 2018

Selebriti Kongsi Gambar Jalankan Tanggungjawab Undi PRU14

Laman Instagram Selebriti kali ini meriah dimana rata-rata berkongsi gambar dakwat di jari menandakan yang undi telah dibuat

Hiburan Tue, 12 Feb 2019
Fab Foodies! Fri, 1 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda

Perap ayam dengan kesemua bahan, tambah sedikit garam dan lada. Biarkan selama 30 minit & bakar pada suhu 180 selama 20 minit sehingga masak. Siap!

Hiburan Thu, 7 Nov 2019