Kos Rawatan Melebihi Simpanan, Anas Tahir Sanggup Jual Helmet & Mikrofon Kesayangan Demi Tanggung Kos Perubatan Ibu

Penyanyi dan penyampai radio, Anas Tahir memaklumkan dia ingin menjual barangan kesayangannya seperti helmet dan mikrofon demi menampung kos perubatan ibunya.

Menurutnya, dia terpaksa bertindak sedemikian memandangkan kos pembiayaan rawatan ibunya kini sudah melebihi wang simpanan keluarga.

Bagaimanapun, ini bukanlah alasan untuknya dan keluarga meminta bantuan atau sumbangan.

“Wallahi, bukan saya meminta sumbangan, tetapi saya naikkan lagi barangan yang mahu dijual semata-mata ingin membiayai kos rawatan ibu yang telah melebihi simpanan kami buat masa ini.

“Agak besar dan kami telahpun meyelesaikan separuh dr itu InshaAllah,” katanya.

Dalam pada itu, Anas yang juga adik kepada penyanyi popular, Faizal Tahir turut memuat naik foto ibunya ketika berada di hospital sekaligus memohon agar semua pengikutnya tidak bertanyakan tentang penyakit yang dihidapi ibunya itu.

“Guys, minta tolong JANGAN tanya tentang mak saya sakit ape ye. Cukup sekadar mak saya tak sihat.

“Tujuan saya tulis ni semata-mata nak jual barang-baran je. Bukan minta sumbangn. Jangan tanya derita mak saya okay. Doakan yang terbaik.

“Alhamdulillah, saya masih ada barangan yang boleh di letgo untuk dapatkan sedikit wang,” jelasnya.

Meninjau pada hantaran berkenaan, rata-rata rakan artis turut menitipkan ucapan dan doa demi kesihatan dan kesejahteraan ibu tercinta.

Salma Syahbuddin