“Kuda Tu Slow Je Tapi…” – Tunggang Kuda Di Pantai, Netizen Kritik Gerak Tubuh Watie ‘Over’

Nama usahawan Watie Hanifiah sering mendapat perhatian ramai sejak dia mengaku sedang menjalin hubungan cinta dengan pelawak Shuib.

Terbaru, menerusi sebuah video di TikTok, Watie dilihat sedang menunggang seekor kuda di tepi pantai sambil mengenakan dress labuh berwarna jingga beserta selendang hitam.

Namun, apa yang menarik perhatian dalam kalangan warganet adalah gerakan badan Watie ketika menunggang kuda tersebut dianggap ‘over’.

Malah, ramai yang meninggalkan komen berbaur negatif terhadapnya.

“Kuda tu slow je jalan yang dia enjut beria pasal apa.

“Duduk atas kuda pon mesti nak lentik-lentik.

“Aku biasa ja naik kuda tapi… apahal dia ni over terenjut-enjut padahal kuda tu jalan tak nampak tekanan pun,” komen warganet.

Namun begitu, ada yang mendoakan semoga urusan perkahwinannya bersama Shuib dipermudah dan berjalan lancar.

Sebelum ini, Shuib memaklumkan bahawa dia bakal berkahwin dengan Watie pada Jun ini dan berkongsi persiapan telah dibuat sebanyak 30 peratus.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Bakal Nikah Watie Hanifiah Jun Ini – “Persiapan Sudah 30%”

Artikel Berkaitan: “Semoga Terus Manis Berhijab” – Baru Setahun Bertudung, Watie Akui Iman Turun Naik… Shuib Beri Semangat!

Artikel Berkaitan: Netizen Terharu Lihat Keakrabakan Mama Shuib & Watie Hanifiah – “Wow, Dah Ada Panggilan Manja…”

Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Crop Gambar Shuib Di Instagram, Netizen Pura-Pura Tak Kenal & Terkejut

Atiqah Johari