Hiburan By: Padin August 24, 2021 @ 6:52pm

Kumpul Dana Untuk Frontliner, 43 Artis Meriahkan Program Amal COVAiD #BaikSemula

Platform radio Media Prima Audio (MPA) yang baru sahaja membuat penjenamaan semula baru-baru ini akan melancarkan inisiatif bersama platform kumpulan Media Prima untuk mengumpul dana bagi Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP dengan menganjurkan Program Amal COVAiD #BaikSemula.

Program ini akan diterajui oleh Hot FM, bersama-sama dengan Buletin FM, Fly FM dan 8 FM beserta platform Media Prima Berhad yang lain bertujuan untuk mengumpul dana untuk para petugas barisan hadapan dalam perjuangan mereka melawan COVID-19.

Program Amal COVAiD #BaikSemula ini akan menampilkan 43 artis terkemuka tanah air yang akan membuat persembahan dari rumah mereka sendiri.

Program ini juga bertujuan untuk memberi galakan kepada orang orang ramai supaya terus kekal duduk di rumah dan melihat persembahan sambil beramal menerusi dana yang disalurkan.

Program Amal COVAiD #BaikSemula ini akan berlangsung menerusi akaun YouTube Hot FM, Hot TV pada 4 September 2021, bermula 12 tengah malam selama 24 jam.

Barisan artis yang akan membuat persembahan termasuk penyanyi popular Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Naim Daniel, Shila Amzah, Hujan, Yonnyboii, Bunkface, SonaOne, Masdo, Hael Husaini, Hazama and The Penglipurlara, Ara Johari, Amir Masdi, Sufian Suhaimi, Nabila Razali, Dayang Nurfaizah, Ernie Zakri, Syamel, Kmy Kmo, Luca Sickta, Dolla, Zynakal, Shalma Eliana , Meer Nash, Faizal Tahir, Siti Nordiana, Tuju, Alif Satar & The Locos, Adrian, Adly, Erulxnaufa, Kael, Evie, Apex, Pasya (Mentor), Sissy Iman, dan Marsha Milan.

Di samping itu, jurulatih kecergasan terkenal, Jordan Yeoh akan turut serta dalam acara ini serta program berbentuk keagamaan ataupun motivasi bersama Ustaz Elyas Ismail juga akan diselitkan bersama-sama program yang lain.

Orang ramai yang berminat untuk menderma boleh melakukannya melalui perbankan dalam talian atau membuat deposit ke Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP di nombor akaun (MAYBANK: 5141-0532-3170).

Orang ramai juga boleh menghantarkan slip transaksi yang telah dibuat dengan menyatakan COVAiD dalam e-mel mereka ke [email protected] untuk mendapatkan resit rasmi.

Setiap sumbangan yang diterima akan digunakan untuk membeli peralatan perubatan dan makanan serta keperluan harian untuk disalurkan kepada mereka yang terkesan dengan wabak Covid-19 ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran, ini merupakan cara mereka untuk mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada frontliners atau petugas barisan hadapan yang telah berkorban dalam menangani Covid-19 ini. Apa yang telah mereka lakukan sangat membanggakan kami dan negara.

“Inilah masanya untuk kami menunjukkan rasa berterima kasih dan memberi sokongan berterusan kepada mereka menerusi penganjuran Program Amal COVAiD #BaikSemula.

“Oleh itu, marilah seluruh rakyat Malaysia, kita bersama-sama menyalurkan sumbangan ikhlas kepada tabung amal ini supaya dapat membantu petugas barisan hadapan dan mereka yang terkesan. Marilah bersatu hati untuk #BaikSemula,” katanya.

Terus kekal bersama akaun YouTube Hot FM, Hot TV pada 4 September 2021, bermula 12 tengah malam selama 24 jam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 16 Jan 2020

4 App Terbaik Untuk Pelajar Universiti Guna Dalam Aktiviti Harian. Wajib Download!

Jom download 4 aplikasi terbaik ni dalam membantu menguruskan dan memudahkan urusan harian anda… Semuanya PERCUMA!

Trending Mon, 22 Jun 2020
Hiburan Mon, 10 Dec 2018

‘Terima Kasih Doakan Kebahagiaan Kami’ – Mona Allen

Selamat Pengantin Baru buat pasangan selebriti, Mona Allen & Pekin Ibrahim…

Events Thu, 31 Oct 2019

Cha Eunwoo Dazzled Malaysian Fans With Heart-Warming Malay Song Cover

He stole the hearts of 1,900 in one evening!

Featured Sun, 27 Mar 2022
Hiburan Tue, 30 Jul 2019

Lepas Kosmetik, Siti Nurhaliza Lancar Air Minuman!

Sebelum dilancarkan di pasaran Siti sendiri mencubanya.