Label Anak Bod*h, Azhar Sulaiman Didakwa Galakkan Kasih Iris Leona Kena Cyber Bully?

Pelakon Azhar Sulaiman didakwa menggalakkan anak gadisnya, Kasih Iris Leona dikecam gara-gara menggayakan pakaian seksi.

Menerusi ciapan di Twitter, beberapa individu menimbulkan tanda tanya dengan tindakan Azhar kerana tidak menegur secara peribadi sebaliknya secara umum.

Malah, sebagai seorang bapa, dia sepatutnya berada di pihak anak perempuannya itu.

“Not Azhar Sulaiman encouraging bullying towards his own daughter like? You are not cool dad you think you are. Tak ada WhatsApp ke pakcik?

“You put her in the spotlight at the center of all medias and then you go and add more fuel to it? How bout tell the media to back off of her?,” ujar individu berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tidak setuju dengan tindakan Azhar yang seperti membiarkan lebih ramai orang mengecam anaknya.

Terdahulu, Azhar mengatakan bahawa dia risau jika Leona seorang yang bodoh kerana dikecam berpakaian menjolok mata ketika menghadiri majlis tarian musim panas yang diadakan di universitinya.

Maya Basir