Hiburan By: SGMS Faida April 17, 2019 @ 9:46am

Labur Ratusan Ribu, Nur Sajat Taja Miss Grand Malaysia 2019

Usahawan terkenal Nur Sajat mengumumkan bakal menjadi penaja untuk pertandingan ratu cantik, Miss Grand Malaysia 2019.

Sajat ketika ditemui di majlis sidang media memberitahu sedia bekerjasama dengan pihak penganjur pertandingan ratu cantik itu dalam menyediakan platform dalam dunia peragaan.

“ Jujurnya, saya melihat ramai wanita Malaysia yang cantik tetapi mereka tidak tahu cara mengetegahkan kelebihan yang ada.

“ Dengan wujudnya pertandingan seperti ini, saya berharap sekurang-kurangnya dapat membantu merealisasikan impian kaum wanita yang berminat menempatkan diri dalam pertandingan pencarian ratu cantik,” katanya kepada XTRA.

Dalam masa sama, Sajat turut berharap Miss Grand Malaysia dapat memilih wakil yang memiliki potensi menembusi pasaran antarabangsa di masa akan datang.

“ Kalau kita tengok, ratu-ratu cantik dari negara Asia lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan banyak lagi sudah berjaya sehingga ke luar.

“ Kalau mereka boleh, saya percaya Malaysia juga mampu melakukannya. Saya juga sudi membantu dalam proses grooming kesemua finalis dalam Miss Grand tahun ini,” akhiri Sajat.

Difahamkan, kos keseluruhan tajaan melibatkan ratusan ribu ringgit namun Sajat lebih selesa tidak mendedahkan jumlah sebenar secara terperinci.

Pencarian ratu cantik Miss Grand Malaysia 2019 bakal diadakan di Hotel Meritz, Miri pada 28 April ini. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Man’s First Impression of Remy Ishak: “I Thought He was Just a Random Bangla…”

It was during prayers in Wangsa Walk’s surau when he saw Remy Ishak.

Hiburan Tue, 28 Jan 2020
LIFESTYLE Thu, 19 Sep 2019

Now You Can Celebrate Malaysia Even After ‘Malaysia Day’ with Just RM1! Airbnb Has the Treat For You!

Still in the spirit of Malaysia Day, Airbnb invites you to four cultural activities for the most authentic Malaysian experience ever!

Featured Wed, 24 Nov 2021
Events Wed, 29 Jun 2022
Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Hiburan Thu, 29 Feb 2024