“Lagi 2 Tahun Kalau Masih Sama, Aku Akan Berhenti Berharap” – Nazim Othman

Pelakon Nazim Othman tampil meraih perhatian peminatnya selepas memuat naik video berbaur kesedihan menerusi sebuah perkongsian di TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, Nazim menyatakan dia akan memberi tumpuan sepenuhnya untuk mencari wang demi kebahagiaan sendiri sekiranya masih tidak bertemu dengan pasangan hidup.

“Bila orang kenal kau sebagai manusia yang kuat, mereka dah tak tanya kau ok ke tak.

“Single terlalu lama. Lagi 2 tahun kalau masih sama, aku akan berhenti berharap. Fokus cari duit bahagiakan diri sendiri je,” katanya.

@nazothBila orang kenal kau sebagai manusia yang kuat, mereka dah tak tanya kau ok ke tak…~ 🥹

♬ Kenangan Terindah X Pilihan Yang Terbaik – Reza Zulfikar

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminatnya turut terkesan dengan perkongsian tersebut dan mendoakan agar pelakon itu bertemu jodohnya suatu hari nanti.

 

 

Fatin Nurain