Featured By: Fatin Nurain August 30, 2022 @ 9:30am

Lagu Baharu Dapat Sentuhan Bella Poarch, Andi Bernadee Tampil Genre Berbeza

Selepas lima bulan melancarkan lagu DU, kini penyanyi Andi Bernadee tampil dengan single terbaharunya yang berjudul Aku Di Sini.

Menurut Andi, dia sangt teruja apabila lagu terbaharunya itu mendapat sentuhan daripada komposer ternama yang berasa dari Amerika Syarikat iaitu Bella Poarch.

“Mungkin ini rezeki saya dapat merasai menyanyikan lagu ciptaan komposer terkenal dari US.

“Pihak Warner yang bertanggungjawab mendapatkan lagu tersebut dan bila saya mendengarinya, saya suka akan melodinya, jadi kami duduk bersama dan berbincang untuk mencipta liriknya,” katanya.

Sinonim dengan lagu yang bergenre reggaeton, kali ini Andi tampil membawa rentak ‘slow pop’ yang semestinya berbeza dengan genre lagu-lagunya sebelum ini.

“Pada kali ini, saya menyanyikan lagu berentak slow pop yang santai serta lite dan easy, manakala instrumen yang digunakan hanyalah gitar.

“Lagu ini umum untuk sesiapa sahaja yang pernah melaluinya, ia mengisahkan tentang penyesalan seseorang di atas apa yang telah dilakukan pada bekas kekasihnya dan berharap agar bekas kekasihnya itu terbuka hati untuk kembali ke pangkuannya,” katanya.

Memetik laporan Gempak, Andi juga menyatakan proses untuk menyiapkan lagu ini hanya mengambil masa selama dua jam kerana dirinya sudah mengkaji maksud lagu tersebut terlebih dahulu.

“Saya mengambil masa selama dua jam untuk merakamkan lagu ini dan proses tersebut berlangsung sekali jalan sahaja kerana terlebih dahulu saya sudah mengkaji dan menyelami maksudnya,” jelasnya.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Aug 2019
Hiburan Thu, 14 Dec 2023

Fathia Latiff Umum Akan Ke Gaza Tahun Depan? – “Pray For My Syahid”

Fathia maklum perkara berkenaan di Instagram miliknya. Wahhh betul ke ni?? 👀

Hiburan Thu, 18 Apr 2019

Jarang Kongsi Gambar Keluarga, Apa Alasan As’ad Motawh?

Single terbaharu As’ad bakal berada di channel Youtube milik remaja popular ini pada hari Jumaat bermula jam 9 malam!

Trending Thu, 21 Jan 2021

Kaedah & Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin Tambahan

Info penting buat korang yang nak mohon GKP tambahan!

Featured Thu, 23 Sep 2021
Featured Wed, 16 May 2018

Jurusolek Kim Kardashian Kongsi Tip Untuk Hilangkan Rupa Kedutan Di Bahagian Mata

Tiada siapa boleh elakkan wrinkles daripada muncul, tapi anda masih boleh “selamatkan” rupa anda.

Trending Tue, 27 Jul 2021

Isu Petik Nama Siti Nordiana di IG Live: Syura, Lan Solo & 3 Individu Serahkan Kepada Peguam

Penyanyi Syura, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin yang dituntut membuat permohonan maaf terhadap penyanyi Siti Nordiana menyerahkan perkara terbabit terhadap peguam […]

Kisah Viral Fri, 12 Jun 2020