Featured By: Salma Syahbuddin April 17, 2022 @ 12:00am

“Lagu Ini Ada Kaitan Dengan Kisah Peribadi Saya” – Hael Husaini Harap Single Sama Seperti Dulu Diterima Peminat

Kejayaan demi kejayaan telah diraih oleh penyanyi popular Malaysia, Hael Husaini. 

Walaupun baharu sahaja empat bulan single ‘Kelentang Kelentong’ ciptaannya bersama rakan komposer, Ezra Kong dilancarkan, dengan lebih dari 6.4 juta tontonan di YouTube, beliau muncul pula dengan single terbaharu berjudul ‘Sama Seperti Dulu’.

Menurut Hael atau nama sebenarnya, Hael Husaini Razmi, 33, kejayaan yang dikecapinya kini tidak datang bergolek melainkan banyak pengalaman dan pelajaran yang ditempuhinya selama lebih dari 15 tahun berkecimpung dalam industri seni.

“Kejayaan yang saya kecapi sekarang tidak datang bergolek, setelah bergelumang dalam bidang seni lebih dari 15 tahun, banyak yang telah saya pelajari.

“Dari semasa ke semasa, saya sentiasa belajar memperbaiki apa yang boleh supaya kehidupan lebih teratur dan berkualiti. Saya juga selalu tekankan sebelum ini bahawa saya mempunyai sebuah team yang terbaik untuk membantu dari segi pengurusan kerjaya dan juga hal peribadi,” katanya.

‘Sama Seperti Dulu’ adalah ciptaan beliau sendiri bersama komposer muda, Iqie Hugh dan ini merupakan kolaborasi pertama mereka berdua sebagai penggiat muzik.

“Setelah beberapa karya hasil kerjasama di antara Ezra Kong, MFMF dan saya, pada kali ini bagi single terbaharu pula, saya memilih untuk bekerjasama dengan Iqie yang merupakan seorang penggubah lagu berbakat besar buat pertama kalinya.

“Ini merupakan permulaan bagi projek-projek kami yang mendatang. Iqie juga turut terlibat dalam beberapa buah lagu yang akan dimuatkan dalam album penuh saya yang bakal dilancarkan pada Ogos nanti,” jelasnya.

Malah, Sama Seperti Dulu adalah trek pertama di dalam album yang akan memuatkan 10 buah lagu.

“Lagu ini ada sedikit kaitannya dengan kisah peribadi saya dengan orang di sekeliling kita. Saya masukkan unsur-unsur kesetiaan dalam perhubungan yang menjadi tema lagu ini. 

“Kalau pendengar selami bait-bait liriknya, apakah maksud kesetiaan dalam perhubungan? Berapa lamakah perhubungan itu, apakah ujian dan dugaannya, dan setelah melalui pelbagai rintangan dan dugaan, adakah perasaan itu masih ‘Sama Seperti Dulu’?” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 Oct 2019
Hiburan Fri, 12 Oct 2018
Hiburan Thu, 28 Apr 2022

Selepas 34 Tahun, Tiz Zaqyah Bertemu Abang Kandung Buat Pertama Kali

Tiz Zaqyah pertama kali jumpa abang kandung

Featured Wed, 29 Apr 2020
Hiburan Thu, 29 Aug 2019

Shaheizy Sam Ditegur Sebab Boroi

kadang kurus, kadang gemuk…artis juga manusia biasa.

Featured Sun, 21 May 2023
Hiburan Sun, 4 Feb 2018

Selepas Mengarah Filem, Nabil Keluar Jenama Pakaian Pula

Selepas berjaya menubuhkan produksinya, Nabil Ahmad Production, Nabil khabarnya mengeluarkan jenama pakaian pula.  Jenama “Zoud” itu menekankan pakaian kasual harian, malah akan memasarkan kurta untuk dipasarkan sempena Hari Raya Aidilfitri. Nabil, 34, memberitahu pakaian jenama […]

Trending Mon, 6 Aug 2018

Baru Berusia 5 Tahun, Jare Ijalana Digelar ‘Malaikat’ Kerana Kecantikannya

Jare Ijalana digelar sebagai ‘malaikat’, ‘benar-benar menakjubkan’ dan ‘seperti anak patung’ oleh pengikutnya di Instagram.

error: Content is protected !!