Sebut sahaja filem Pulang, pasti ramai yang akan kata runut bunyi dalam filem tersebut juga memainkan peranan dalam mewujudkan emosi sedih ketika menontonnya. Tapi tahukah anda, selain lagu Layarlah Kembali nyanyian Dayang Nurfaizah, lagu Sayang Di Sayang nyanyian Nora juga adalah antara runut bunyi yang terdapat dalam filem tersebut. Betul ke?
Jawapannya, mestilah betul! Kalau korang tak percaya boleh layan lagu ni terus melalui laman Youtube Monkey Bone okay!
Lagu Sayang Di Sayang ni sebenarnya lagu cover version Allahyarhamah Datin Rafeah Buang dan dinyanyikan semula oleh Nora sebagai hadiah buat peminat filem Pulang.

