Lakon Babak Mesra, Afieq Shazwan Mengaku Sudah Minta Izin Dengan Suami Fasha Sandha -“Dulu Jadi Anak Ikan, Sekarang…”

Penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan sedar ada beberapa adegan dalam drama yang dilakukan pada awal Julai lalu tular sehingga menimbulkan kontroversi dalam kalangan warganet.

Namun, dia menjelaskan adegan mesra itu sudah mendapat keizinan dari suami kepada aktres berkenaan, Aidil Aziz.

“Apa yang dilakukan hanya untuk kerja saja. Tidak lebih daripada tanggungjawab sebagai pelakon.

“Saya sedar benda itu akan mengundang kecaman dan saya sendiri ada tanya kak Fasha sekiranya dikecam selepas melakukan babak-babak begitu,” katanya.

 

Memetik laporan Harian Metro, Afieq berkata, babak mesra sebagai pasangan suami isteri itu dilaksanakan atas urusan kerja semata-mata dan tidak lebih dari itu.

“Kalau sebelum ini, watak kami sebagai anak ikan dengan Datin. Untuk musim kali ini dah bergelar suami isteri. Jadi, kemesraan itu kena lebih sikit untuk bagi penonton dapat merasai perbezaan musim pertama dan kedua.

 “Semua itu atas urusan kerja sahaja. Memang saya buat kerja bersama dengan kak Fasha dan memegang watak sebagai suami dan isteri. Tiada niat untuk cetuskan kontroversi,” jelasnya.

Salma Syahbuddin