Featured By: Maya Basir March 30, 2023 @ 12:04pm

Lakonan Mantap Ummi Nazeera Buat Netizen Nangis! – “Patutlah Boleh Dapat Anugerah Pelakon Terbaik”

Pelakon Ummi Nazeera yang tidak asing dengan membawa watak yang penuh emosi kembali beraksi di dalam drama Sekali Aku Bahagia di slot Sakura, TV3 pada jam 6 petang.

Menerusi perkongsian di TikTok @zuljasmara691, Ummi yang memegang watak Rania menangis berteriak seakan-akan trauma akan sesuatu.

Di dalam video tersebut, pelakon Ayu Azlina yang memegang watak ibu Rania bertindak memeluk dan cuba menenangkan emosi Ummi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen sangat bersetuju Ummi dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Tonton Anugerah Drama Sangat, baru-baru ini.

@zuljasmara691 Sekali Aku Bahagia. Strim Di Tonton Atau Setiap Isnin – Khamis Di TV3. Bermula 28 Mac 2023. Lakonan Hebat Ummi Nazeera. #sekaliakubahagia #umminazeera #danishhazriq #slotsakura ♬ Aku Cinta – Syamel & Ernie Zakri


Malah, ada yang mengalirkan air mata menonton lakonan Ummi yang sangat menjiwai wataknya itu.

“Aku terus nangis. Menjiwai betul Ummi.

“Patutlah boleh dapat anugerah pelakon terbaik.

“Dia yang menjerit, kenapa aku yang sebak,” komen netizen.

Drama Sekali Aku Bahagia mengisahkan tentang konflik rumah tangga dimana Rania tidak sedar akan kecurangan suaminya, Muaz yang telah menikahi Aireen tanpa memberitahu status perkahwinannya.

Keadaan menjadi lebih rumit kerana Aireen tidak mahu bermadu dan hanya mahu memiliki Muaz untuk diri sendiri. Rania pula kini harus bangkit dan berjuang demi masa depan anaknya.

Selain Ummi, barisan pelakon hebat lain turut membintangi drama ini ialah Nabila Huda, Keith Foo, Azhan Rani dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Mar 2019

‘Jodoh Saya On The Way Kot’- Wan Sharmila Tak Memilih Calon Suami

10 tahun bersendiri, Wan Sharmila atau lebih mesra dengan panggilan Lala kini serius mencari pasangan hidup.

Trending Tue, 19 Jun 2018

Kes Kelar Bayi, Suami Sudah Maafkan Isteri

Hidup saya tidak lengkap tanpa dia (isteri) dan siapa yang hendak menjaga makan minum dua lagi anak Mohamad Nur Rusyaidi, 7, dan Mohamad Rafiuddin, 5.

Featured Fri, 29 Apr 2022
Featured Wed, 27 May 2020

Patuhi SOP khusus untuk proses sanitasi ditetapkan KKM

Dapatkan maklumat jika tidak jelas

Trending Fri, 17 Aug 2018

‘Sekurang-Kurangnya Bagi Saya Peluang Bercakap’, Calon Temuduga Luah Rasa!

Namun apa yang cuba saya sampaikan di sini adalah sikap pengurus dan pegawai sumber kemanusiaan di situ yang membuatkan saya kecewa. Mereka mempersendakan kelayakan yang dikatakan tidak mencapai piawaian.

| Live TV