Hiburan By: Fatin Nurain March 15, 2023 @ 12:30pm

Laku Keras! Tiket Konsert Jilid Akhir : Ella Puteri Kota Sold Out Dalam Tempoh 24 Jam!

Tiket konsert penyanyi Ella yang berjudul Jilid Akhir : Ella Puteri Kota yang bakal diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil pada 10 Jun ini telah habis terjual dalam tempoh 24 jam.

Tiket konsert yang mula dijual pada 13 Mac itu dikatakan sudah habis terjual pada 12 tengah hari, semalam.

Menurut Rohit Rampal, selaku penganjur konsert tersebut telah pun memecahkan rekod baharu dalam penjualan tiket bagi artis Malaysia yang pernah dianjurkan di Axiata Arena.

Malah, dia juga kagum dengan semangat peminat Ella yang tidak berputus asa untuk mendapatkan tiket konsert tersebut dengan pantas.

“Tiket ke konsert JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA ‘sold out’ dalam masa 24 jam sahaja, memecahkan rekod baharu dalam penjualan tiket bagi artis Malaysia yang pernah dianjurkan di Axiata Arena!

Kejayaan ini membuktikan bahawa betapa hebatnya peminat-peminat Ella dan saya kagum dengan kesungguhan mereka kerana tidak berputus asa untuk mendapatkan tiket konsert beliau. Ternyata Ella adalah Ratu Rock Negara yang tiada tolok bandingnya!,” katanya.

Dalam pada itu, Ella juga sempat meluahkan rasa bersyukur kerana jualan tiket konsertnya menerima sambutan yang baik.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan saya, RockQueen dan juga rakan penganjur, Hitman Solutions dalam menjayakan konsert ini. Saya sangat teruja, berbangga dan bersyukur dengan hasil jualan yang luar biasa ini.”

“Saya juga berterima kasih kepada semua peminat dari seluruh pelusuk dunia, terutamanya dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan juga Brunei di atas semangat mereka yang ingin bersama saya meraikan konsert ini.

“Ella tidak sabar untuk berikan yang terbaik pada semua, semoga peminat dapat mendoakan kesihatan kesemua pihak yang terlibat agar acara ini menjadi memori yang wajar dikenang.

“Bagi mereka yang terlepas peluang untuk mendapatkan tiket, InsyaAllah, pihak pengurusan sedang mempertimbangkan dan akan mencari jalan terbaik untuk memuaskan hati semua. Peace. Love. Rindu,” katanya.

Terdahulu, Ella tampil membawakan khabar berita gembira tersebut selepas ramai yang menyangka dirinya bakal bersara dari industri hiburan yang telah diceburinya selama 35 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Terfikir Nak Bersara” – Lerai Spekulasi, Ella Bikin Konsert Apresiasi Sempena 35 Tahun 10 Jun Ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 22 Jul 2019

[UPDATE] BY9 Might Actually Debut!

Wait, what? So you’re telling me BY9 is will actually be true?!

Trending Sun, 2 Dec 2018

Bantuan Sekolah 50,000 Ringankan Beban Penduduk Lembah Pantai

Sumbangan itu dapat memberikan kelegaan dan meringankan beban kepada sebilangan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

Featured Fri, 17 Sep 2021

Bantuan Wang Ihsan Dinaikkan Sehingga RM1,000 Kepada Setiap Isi Rumah – PM

Alhamdulillah, ini untuk persediaan lah kiranya…

Trending Mon, 15 Jun 2020
Featured Thu, 8 Sep 2022

Bapa Puteri Balqis Sah Ditahan Reman Atas 3 Pertuduhan!

Jika terbukti bersalah harap dikenakan hukuman yang setimpal.

Trending Sun, 7 Jun 2020
Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Buka ‘Warung Teringin’, Shima Mula Bisnes Nasi Campur

Antara juadah yang bakal disajikan termasuk asam pedas, asam rebus, goreng berlada, masak lemak cili api dan aneka masakan kampung lain.

Events Mon, 21 Oct 2019

Letops! Shakira Bakal Sambut Birthday Di Hadapan 100 Juta Orang

Tak sabar nak tengok persembahan Shakira!