Hiburan By: Padin September 10, 2022 @ 6:27am

“Lama Sangat ‘Tidur’ Ni… Banyak Sangat Rehat, Rasa Tepu” – Shuib Akui Banyak Tolak Tawaran Selepas Pemergian Siti Sarah

Pelawak dan usahawan popular, Shuib, 38, mengakui banyak menolak tawaran selepas pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin tahun lalu.

Pemilik nama Shahmira Muhamad ini mendedahkan semangat untuk bekerja hampir hilang selepas Sarah meninggal dunia.

“Banyak sangat tawaran yang saya tolak. Bukan saya mengada-ngada, tapi tawaran yang datang semua saya ketepikan. Tawaran radio, tawaran program televisyen, semuanya tak ada rasa nak buat selepas isteri tersayang meninggal dunia.

“Saya sendiri rasa tiba saatnya untuk saya kembali bangkit. Saya perasan saya rasa santai sangat, banyak fokus kepada keluarga dan bisnes sehingga saya lihat sendiri jadual saya banyak kosong dan kadang-kadang rasa dah lemau,” katanya kepada XTRA.

Shuib ditemu pada Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali ‘Bekerja’, Shuib Bergandingan Dengan Ajak & Suraya Dalam….

Kembali bergelar penyampai radio Suria FM bermula 29 Ogos lalu, Shuib menganggap tawaran yang hadir sebagai rezeki yang ditinggalkan oleh Sarah.

“Kembali menjadi penyampai radio ni saya sifatkan sebagai kemunculan semula. Bila diberi tawaran, saya rasa terbuka hati. Saya sifatkan ia sebagai satu peluang terbaik, lama sangat saya ‘tidur’ ni. Saya betul-betul mahu berkarya kali ini.

“Sampai sekarang saya selalu fikir, banyak sangat rezeki yang arwah isteri tinggalkan kepada saya. Saya anggap ini rezeki peninggalan arwah dan anak-anak,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Sep 2019

Asyik Jadi Mangsa Fitnah, Akhirnya Wan Maimunah…

Siapalah yang dengki sangat tu? Sudah-sudahlah…

Featured Sun, 2 Jan 2022

“Masih Mampu Tersenyum” – Lelaki Temui Semula Keretanya Hancur Musnah Selepas Dihanyut Banjir

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah berkongsi keadaan keretanya yang hancur berkecai akibat dipercayai dihanyutkan banjir yang berlaku di Bentong, Pahang. Video yang dimuat naik oleh @aimanxkesah92 itu menunjukkan sebuah kereta jenis Proton Inspira yang

Hiburan Thu, 25 Jul 2019
Hiburan Wed, 10 Apr 2019

‘Jodoh Saya Kuat Dengan Raihan’- Sharifah Khasif

Konsert ‘Qasidah Night’ pada 27 April nanti turut diserikan dengan penampilan penyanyi lagenda Dato Jamal Abdillah.

Trending Wed, 3 Aug 2022

“Tudung Dah Hilang?” – Kongsi Foto ‘Free Hair’, Isteri Caprice Minta Netizen Bertenang

Netizen keliru dengan imej Farra Innalis sama ada sudah berhijab atau belum.

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

Konsert Metal Return 1.0 XPDC Dan May Bergabung

Tak sabar rasanya nak tengok Konsert Metal Return 1.0 Live nanti

Trending Thu, 25 Jan 2018

Perangkap Lipas Tak sampai 10 Ringgit Pon, Tetapi …

Lipas, salah satu binatang yang menggelikan. Buat la bermacam cara sekalipun, pasti lipas akan muncul di sesetengah bahagian di rumah terutama di bahagian dapur, atau ruang tamu. Lebih merimaskan kalau kita jumpa lipas dalam kereta.

| Live TV