“Lamaran Saya Pada Amelia Henderson Bukan Gimik” – Aedy Ashraf

Pada Mac lalu, heboh mengenai tindakan pelakon terkenal, Aedy Ashraf yang telah melamar aktres jelita, Amelia Henderson untuk menjadi kekasih hatinya secara terbuka di sebuah festival makanan.

Namun begitu, ramai yang mendakwa lamaran tersebut hanyalah sekadar gimik dan marketing saja.


Sebelum ini, Aedy apabila ditemui media enggan mengulas mengenai tindakannya memalar Amelia, namun setelah sekian lama pelakon Kisah Cinta Kita itu berdiam, akhirnya dia membuka mulut dan mengakui terkejut dengan aksi spontannya ketika itu.

Aedy tampil menjelaskan bahawa lamaran terbuka terhadap Amelia itu bukan gimik promosi produk seperti sangkaan ramai.

Menurut Aedy, dia tidak pernah merancang untuk melamar Amelia secara terbuka, namun sebaliknya ia berlaku secara semula jadi dan spontan.

Malah, katanya Amelia tidak tahu menahu mengenai aksi spontannya untuk melamar aktres jelita itu.

“Saya pun terkejut dengan tindakan spontan tersebut. Bukan saja lain tetapi saya termasuk Amelia pun terkejut.

“Lamaran tersebut saya tak rancang apa-apa pun. Kami berdua memang tak tahu apa-apa dan semuanya berlaku secara semula jadi,” katanya.

Menurut pelakon berusia 28 tahun itu, dia bagaimanapun berkongsi rasa terharu dan berterima kasih kepada peminat yang menyokong hubungan mereka.

Penafian Aedy ini sekaligus membuktikan bahawa hubungan Aedy dan Amelia bukan sekadar kawan biasa, namun sebagai pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.

Dalam pada itu, Aedy berkata mereka tidak sempat ‘dating’ kerana masing-masing sibuk bekerja.

“Sejujurnya jadual kehidupan saya memang tak seimbang langsung. Kerja saya memang akan letak nombor satu, sampaikan masa dengan keluarga pun banyak dikorbankan.

“Saya memang meletakkan kerja sebagai keutamaan. Dia pun sangat sibuk dengan kerja-kerjanya. Saya rasa, itu adalah persamaan yang membuatkan kami serasi.

“Kami tak keluar ‘dating’, sebaliknya sekarang berhubung menerusi telefon,” katanya.


Disamping itu, Aedy turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan peminat di Malaysia dan Singapura kerana mereka tidak pernah henti untuk mendoakan hubungannya bersama Amelia.

Aedy dan Amelia mula digosipkan sebagai pasangan bercinta selepas bergandingan bersama dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita, yang ditayangkan pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Cinta Bukan Marketing & Gimik? Aedy Ashraf Beri Amaran Jangan Ganggu Amelia Henderson

Artikel Berkaitan: Kisah Cinta Bersama Amelia Henderson, Aedy Ashraf Ambil Keputusan ‘Kunci Mulut’

Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson Jadi Kekasih Hati Secara Terbuka… – “She Said Yes”

Sumber: Harian Metro

Aqilah Paharuzi