Lebih Selesa Luangkan Masa Dengan Keluarga, Adik-Beradik The Melvins Akui Tidak Bosan Berjumpa Setiap Hari

Adik-beradik The Melvins tampil mengulas mengenai kualiti masa bersama keluarga gara-gara kerap berjumpa, biarpun masing-masing sudah berkahwin.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Syifa menyatakan bahawa setakat ini suaminya, Safawi Rasid sangat memahami dan tidak pernah memarahinya untuk meluangkan masa bersama adik-beradik.

“Buat masa sekarang ni, suami saya memang sebelum ni tak marah. Dia pun kata, kalau nak pergi rumah adik-beradik tu takpa. Jangan pergi melewar (merayap) tah ke mana,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin juga menyatakan mereka tidak kisah untuk meluangkan masa bersama adik-beradik kerana memahami ramai kawan-kawan yang sibuk bekerja.

“Adik-beradik takpa. Sam sendiri tahu saya takda kawan pun. Saya tak pernah pun cakap kat Sam nak keluar lepak dengan kawan-kawan. Benda tu memang sangat jarang terjadi sebab saya memang berkawan dengan adik-beradik sahaja.

“Lagipun, sebab kenapa kami boleh jumpa hari-hari sebab kami duduk satu taman. Syida duduk sederet rumah saya. Syifa dan Melveena duduk rumah Kak Long.

“Tapi kami tak kisah pun sebab kitorang ni memang jenis kawan ramai, tapi jarang luangkan masa dengan mereka sebab semua sibuk,” katanya.

Selain itu, Syatilla turut menyatakan yang dia tidak pernah menghalang Sam untuk keluar berjumpa kawan-kawannya, namun suaminya lebih memilih untuk luangkan masa bersama keluarga.

“Saya pernah suruh Sam pergi lepak dengan kawan-kawan dia, tapi dia taknak sebab memang kami semua dengan family sahaja. Paling-paling pun kawan akan datang rumah.

“Lepastu, kami keep our circle small so that kita takda drama, kalau kita dengan adik-beradik ni kalau tak puas hati kita boleh cakap je,” jelasnya.

Untuk makluman, The Melvins terdiri daripada lima beradik iaitu Datin Seri Syafiqa, Syatilla, Syifa, Syida dan Melveena.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenang Arwah Suami Ketika Live, Syafiqa Melvin Buat Ramai Sebak

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kecam Safawi & Syifa Berjemaah, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Adik-Beradik Melvin -“Dia Punya ‘Sound’ Tak Ada Terpesong Langsung!”

Fatin Nurain