“Leburlah Duit Aku Dapat Kat Geng Scammer B*bi Ni” – Abby Abadi Kena Scam, Rugi Hampir RM20,000

Pelakon Abby Abadi membuat laporan polis selepas ditipu oleh skim pelaburan atas talian atau scammer menerusi platform telegram ‘Trade Free Income’.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik pada petang Rabu, Abby mengaku insiden yang berlaku adalah atas kecuaiannya sendiri sehingga duit hasil pekerjaannya sebanyak RM18, 500 lesap.

“Inilah bahana bila tak pernah merasa cukup. Tapi manusia kan, walaupun nampak macam mencurigakantapi macam terpanggil-panggil pula untuk melabur.

“Fikir punya fikir, terjeba akhirnya… RM4,000  mula-mula ye bukan sikit.. dijanjikan pulangan sebanyak RM145,000 dalam masa 3 jam.. Siapa taknak kan? Sebab dalam group macam siapa yg join semua dapat.. rasa mcm pelik tapi kalah juga dengan permainan mereka.

“Baran dah datang… memang ras adah lebur duit aku dengan geng scammer b*bi ni. Melampau sangat scammer berleluasa sekarang. Hati-hati semua!,” katanya.

 

Menerusi hantaran sama, Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan, 45, turut berkongsi laporan polis serta beberapa lagi bukti perbualan menerusi aplikasi berkenaan.

Meskipun berdepan dengan ujian tersebut, Abby bagaimanapun kelihatan sempat berkongsi video pendek bersama suaminya menerusi hantaran berlainan yang dimuat naik di platform sama.

Katanya, apa yang berlaku adalah kesilapan sendiri, malah dia tidak akan menghalalkan apa yang telah diambil daripadanya.

“Ujian ke gatal ni Abby?Manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Tak apa Allah ada.Saya tuntut dekat padang masyar nanti ye.

“Nak senang hidup dekat dunia, scam orang tak tahu mati nanti seksa. Kalau tak tahu saya bagitahu. Kalau berhutang pun sangkut, kalau begini apatah lagi. Jumpa nanti dekat sana ye. Saya haramkan dunia akhirat,” jelasnya.

Salma Syahbuddin