Lelaki Didakwa Teman Lelaki Ameera Khan Sudah Berkahwin Dengan Wanita Mualaf

Nama pempengaruh dan adik kepada usahawan terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan dipetik gara-gara lelaki yang didakwa teman lelakinya sudah berkahwin dengan wanita lain.

Menerusi perkongsian di TikTok @muffinchristy, lelaki tersebut dikenali sebagai Yasir sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita mualaf di sebuah masjid di London.

“Finally made it halal Alhamdulillah,” ujar wanita tersebut.

Di dalam video tersebut, wanita itu menunjukkan cincin nikahnya namun lelaki tersebut menyembunyikan wajahnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bagaimanapun dapat mengenalpasti wajah lelaki tersebut dan mengaitkan tentang hubungannya dengan Ameera.

“Tell me is that Yung Yasir? Bukan dengan Ameera Khan ke dia?,” komen netizen.

Namun, ada yang membalas soalannya dengan mengatakan Ameera hanya anak saudara kepada Yasir.

“Ameera is actually his niece.

“Sedara mara je diaorang tu.

“Tu Pakcik Ameera,” balas netizen.

Maya Basir