Events By: Aqilah Paharuzi May 18, 2022 @ 6:30pm

Lelaki Ini Temui Perkampungan Misteri Didakwa Lokasi Sebenar Penggambaran Filem ‘KKN Desa Penari’

Lelaki Ini Temui Perkampungan Misteri Didakwa Lokasi Sebenar Penggambaran Filem ‘KKN Desa Penari’

Filem seram baharu terbitan Indonesia, KKN Desa Penari menjadi perbualan hangat netizen di Indonesia dan juga Malaysia yang dikatakan telah berjaya pecah panggung.

Sekadar info, filem KKN Desa Penari ini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku terhadap sekumpulan pelajar pada tahun 2009 yang perlu menyiapkan tugas Kerja Kuliah Nyata (KKN) mereka.

Kejadian ‘mistik’ mula berlaku kepada mereka di sebuah perkampungan terpencil di dalam hutan.

Filem seram yang tular ini telah mengundang pelbagai soalan netizen, lebih-lebih lagi mengenai lokasi sebenar penggambaran filem tersebut, sama ada berlaku di lokasi sebenar kejadian atau sebaliknya.

Dalam masa sama, menurut khabar angin dan dakwaan daripada netizen, lokasi sebenar penggambaran filem itu dijalankan di daerah Banyuwangi, iaitu sebuah perkampungan di kawasan timur dari Pulau Jawa.

Susulan itu, seorang YouTuber bertindak menyiarkan video keadaan perkampungan yang didakwa menjadi lokasi sebenar penggambaran filem KKN Desa Penari yang memaparkan kawasan sekitar kampung itu sepi di tengah hutan.

YouTuber bernama, Sultoni Irsyah mendedahkan dia mengalami sedikit kesulitan untuk tiba di lokasi berkenaan, sehingga terpaksa meredah laluan jalan yang sempit dan meredah hutan.

Bukan itu sahaja, Sultoni turut mendakwa menjumpai sejumlah penduduk yang bilangannya tidak ramai, serta menemui binaan rumah yang tidak didiami lagi yang dikatakan penuh semak-samun, dan mendedahkan tidak ada seorang pun yang tinggal di kawasan itu.

Pihak produksi filem KKN Desa Penari menghormati permintaan pelajar asal yang berhadapan dengan kisah mistik yang memohon agar identiti mereka, lokasi kejadian tidak didedahkan.

Lantaran itu, bilangan pelajar dan nama asal lokasi yang digunakan dalam filem ini bukan nama sebenar.

Malah, nama lokasi di dalam filem ini ditutup sebagai tanda penghormatan kepada pelajar yang terpalit pengalaman mistik tersebut.

Sumber: Vocket

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Sep 2021
Hiburan Sat, 29 Jun 2019

Datin Shahida Tutup IG Anak Angkat

Siapa saja yang tak ikuti perkembangan anak angkat kepada Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida iaitu Ameena di Instagram. Namun ramai yang tertanya-tanya mengapa akaun milik Ameena tidak lagi kelihatan. Terbaru, Datin Shahida mendedahkan akaun media sosial milik […]

Trending Mon, 25 Feb 2019
Events Sun, 29 May 2022
Hiburan Tue, 28 Jan 2020

Chacha Maembong Akui Suka Pakai Seksi Dari Dulu

Kalau takut kena kutuk, tak payah jadi selebriti…betul tak?

Trending Mon, 9 Apr 2018

Wow! Nenek 97 Tahun Masuk Acara Angkat Berat

Terdahulu, beliau merupakan seorang bekas guru tarian yang amat meminati sukan. Segalanya bermula sejak beliau berkunjung ke sebuah gimnasium Akademi Bill Beekley di sini bersama rakannya.

Hiburan Mon, 8 Aug 2022

“Artis Cantik, Kacak, Popular… Bayaran Mereka Mahal” – Permintaan Tidak Setimpal Bayaran, Ammar Titan Kesal Produksi Pilih Kasih

Ammar Titan luah rasa terkilan tidak dilayan selayaknya seperti artis yang mempunyai rupa menarik.