Hiburan By: SGMS Fas July 19, 2019 @ 1:32pm

Lepas Aishah, Firman Pula Ragui Berlian Vida?

 

Selepas penyanyi Aishah menerima berlian dan barang kemas ganti dari Datuk Seri Vida, penyanyi Firman Siagian pula tampil dengan dakwaan serupa.

Menurut Firman, subang berlian yang diberikan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida adalah palsu.

“Sekitar Mac tahun lalu, saya ajak isteri ke pusat beli-belah di Bandung. Kebetulan ternampak kedai emas dan tergerak hati untuk pergi bertanya nilai barangan itu jika ingin dijual.

“Apabila saya menunjukkan subang itu, perkara pertama ditanya pekerja kedai emas adalah sijil subang berlian itu.

“Saya beritahu tak ada sebab ia adalah hadiah daripada pertandingan nyanyian. Disebabkan itu, mereka tidak boleh periksa,” katanya kepada Harian Metro.

Barang kemas bernilai RM30,000 itu adalah hadiah selaku pemenang tempat kelima program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang berlangsung pada Disember 2017.

Namun katanya, dia tetap bertanya sama ada ia tulen atau tidak dan mereka menjawab tidak boleh dipastikan selagi tidak melihat sijil menyebabkan mereka berfikiran positif saja.

“Hinggalah saya tertengok berita di YouTube mengenai dakwaan dibuat Aishah pada Ogos 2018, saya terus tak sedap hati. Saya tanya pada isteri, adakah subang berlian kita juga palsu?,” katanya.

Menurut Firman yang popular menerusi lagu Kehilangan, hatinya kuat mengatakan subang berlian itu adalah palsu selepas mendapat tahu Aishah berjaya mendapat ganti rugi daripada tuntutan dibuat.

“Semalam, saya menonton di YouTube yang mana Aishah dapat ganti rugi. Itu menguatkan lagi keyakinan saya mengatakan subang berlian yang diberikan pada saya juga palsu.

“Saya terus menghantar mesej WhatsApp kepada Vida bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara ini, namun tidak berbalas. Tapi, saya takkan berhenti dan tetap akan berjuang seperti mana dilakukan Aishah.

“Saya juga merancang untuk pergi periksa sekali lagi. Sekiranya, betul palsu, saya akan membuat tuntutan, sebab ia adalah hak kita,” katanya.

Terdahulu, penyanyi Janji Manismu itu berjaya mendapatkan tuntutan dibuat menerusi sesi mediasi kedua belah pihak pada 1 Julai lalu.

Aishah berjaya menuntut ganti rugi barangan kemas bernilai RM80,000 iaitu sama nilai dengan hadiah yang diberikan pada malam final program itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Sep 2022

Terpaling Juara: Didakwa Sengaja Ubah Lirik Jadi ‘Hiasan Sanggul’, Shaz Akui Gementar Bawa Lagu Siti Nurhaliza

Kalau saya memilih untuk menghentikan persembahan atau berdiam diri, saya akan hancurkan hati sendiri dan kapten – Shaz Terpaling Juara

Hiburan Thu, 18 Oct 2018

‘ Cari Pelakon Baru Yang Boleh Berlakon, Jangan Menyusahkan Semua’ Shukri Yahaya Sindir Siapa?

Uish…marah betul ni. Sabar jap! Tapi betul juga apa yang Shukri tulis, teknik lakonan harus padu, pandai cari kamera. Untuk individu dimaksudkan itu, lain kali jangan buat lagi yer?

Hiburan Tue, 20 Nov 2018

Cedera Di Set Penggambaran, Bintang K-POP Ini Terima 30 Jahitan

Menurut syarikat pengurusan, G-Tree Creative, aktor berkenaan sedang menjalani penggambaran drama The Last Empress ketika kejadian itu berlaku.

Featured Fri, 9 Sep 2022
Events Mon, 1 May 2023

Janji Persembahan Bertenaga, Lenka Bakal Hiburkan Lebih 2,000 Peminat Di Malaysia Malam Ini

Penyanyi popular menerusi lagu Travel Is A Friend dan The Show, Lenka bakal menghiburkan peminat di Malaysia malam ini. Konsert yang berlangsung di lokasi muzik popular Zepp, Kuala Lumpur dijangka akan menghiburkan lebih 2,000 peminat […]

Featured Wed, 25 Jan 2023
Hiburan Mon, 23 Dec 2019
Hiburan Mon, 24 Jul 2023