Hiburan By: SGMS Fas May 25, 2019 @ 12:50pm

Lepas Berjaya Dengan Tudung, Neelofa Buka Kafe Signature Pula!

Pengacara terkenal Neelofa mengumumkan bakal bekerjasama dengan Chatime Malaysia Sdn untuk membuka sebuah kafe signature pertama di Malaysia.

Kata Neelofa ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Chatime malam tadi, dia mengaku sudah lama menyimpan hasrat untuk terjun dalam bidang perniagaan makanan dan minuman.

“ Selepas saya mencuba dalam perniagaan tudung dan pakaian, sudah tiba masa untuk saya mencuba sesuatu yang baharu.

“ Kafe signature ini bakal memberikan kelainan berbanding booth Chatime di luar sana. Ia lebih unik, moden dan bakal menjadi lokasi terbaik untuk mengambil gambar seterusnya diletakkan di Instagram,” katanya kepada media.

Pembukaan cawangan terbaharu berkonsepkan kafe tersebut dijangka dilancarkan pada hujung tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Chatime, Aliza Ali (kanan) berkata, pemilihan Neelofa dalam kerjasama terbaharu itu berikutan pengaruh positif yang dibawa usahawan wanita tersebut terhadap generasi muda negara ini.

“Neelofa merupakan calon paling sesuai untuk kami berkolaborasi bersama kerana dia merupakan usahawan muda yang dipandang tinggi dalam generasinya.

“Kejayaan Neelofa menjadi inspirasi bagi generasi muda untuk bangkit dan mengejar impian mereka,” katanya.

Sementara itu, Chatime dan Neelofa juga mengumumkan kafe signature ini akan dibuka di Singapura dan Arab Saudi.

Difahamkan, akan ada beberapa penambahan menu di kafe signature seperti pemanis dan rangkaian minuman jus sihat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Masih Belajar, Fasha Sandha Minta Peminat Sabar

Jujurnya dia tidak kisah dan menunggu sehingga saya benar-benar sudah bersedia.

Featured Sun, 28 May 2023
Featured Wed, 1 Mar 2023

Malaysia Pilihan MUSE! Konsert ‘The Will of The People’ Berlangsung Pada 29 Julai 2023

Fuhh power lah Malaysia! Kena cepat-cepat beli sebelum sold out

Featured Wed, 23 Mar 2022
Hiburan Sat, 31 Mar 2018

Demi Emma Sanggup Hiking Untuk Sambut Hari Jadi

Romantiknya Kamal Adli sambut birthday Emma .. Siap hiking ye

Featured Thu, 19 Aug 2021

PN Setuju Secara Bersyarat Namakan Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri

Perikatan Nasional (PN) sebulat suara bersetuju mencalonkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu secara bersyarat. Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sokongan itu […]

Featured Wed, 8 Nov 2023

Tia Jinbara Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Innalillahwinnailaihirrojiun. Al-Fatihah🖤