Lepas Buat Persembahan Terbalik, Naim Daniel Terus Teringin Tomyam Seafood

Tampil berbeza membuat persembahan terbalik di pentas Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), penyanyi Naim Daniel yang mempertaruhkan lagu Mainan berjaya memukau ribuan penonton, semalam.

Malah, persembahan terbalik tersebut turut menjadi antara momen epik untuk AJL37 kali ini.

Selepas usai membuat persembahan, Naim sempat meluahkan dirinya teringin untuk makan tomyam seafood gara-gara lama tergantung di pentas ternama itu.

“Saya rasa nak makan tomyam seafood dekat Bangsar, sekarang ni. Lapar!,” katanya.

Kenyataan tersebut sempat dirakam dan dikongsikan menerusi Instagram TV3 Malaysia selepas penyanyi itu selesai membuat persembahan, malam tadi.

Dalam perkongsian lain, Naim turut meluahkan rasa leganya selepas membuat persembahan bersejarah itu.

“For 5 minutes terbalik, kita jadikan sejarahlah untuk AJL. Terima kasih semua,” katanya.

Acara berprestij itu juga turut menyaksikan Aina Abdul yang mempertaruhkan lagu yang berjudul Terus Hidup merangkul gelaran Juara dan Vokal Terbaik AJL37.

Sementara itu, SonaOne dan Joe Flizzow memenangi tempat kedua serta Alif Satar & The Locos mendapat tempat ketiga dalam acara tersebut.

Selain itu, Shiha Zikir juga telah berjaya memenangi kategori Persembahan Terbaik selepas mempertaruhkan lagu Irama.

ARTIKEL BERKAITAN: Fuh, Hebat Betul! Ramalan Neelofa Buat Aina Abdul & Alif Satar Di AJL37 Tepat

ARTIKEL BERKAITAN: AJL37: Nyanyi Gantung Terbalik Sepanjang Persembahan, Naim Daniel Akui Tak Mudah Kawal Vokal – “Saya Jalani Training ‘Brutal’”

ARTIKEL BERKAITAN: AJL 37: Tak Pernah Lupa! Ini Ramalan Neelofa Siapa Yang Akan Mengungguli AJL Kali Ini…

ARTIKEL BERKAITAN: AJL 37: Tepati Ramalan! Terus Hidup Dinobat Juara, Ini Keputusan Penuh AJL 37

ARTIKEL BERKAITAN: AJL 37: “Berhabis Lebih RM100,000 Tapi Saya Puas” – Netizen Komen Naim Daniel Lebih Layak Menang Persembahan Terbaik, Ini Respons Shiha Zikir

ARTIKEL BERKAITAN: AJL 37: “Persaingan Sengit… Terus Hidup Dapat Lebih 2 Markah Berbanding Satu Malam Di Temasek” – Ketua Juri, Datuk Mokhzani Ismail

ARTIKEL BERKAITAN: AJL 37: Excited Nak Kongsi Momen Di Sebalik Tabir, Jihan Muse Tersasul Air Purifier Jadi Air Fryer

 

Fatin Nurain