Hiburan By: SGMS Faida October 15, 2019 @ 12:14pm

Lepas Insiden Kena Cium, K-Clique Bawa Bodyguard?

Ahli kumpulan Hip Hop, K-Clique, MK mengaku tidak berasa rimas dengan layanan diterima daripada segelintir peminat wanita ‘obses’

Tambah MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, dia juga tidak bercadang untuk menggunakan khidmat bodyguard bagi tujuan keselamatan.

“Selepas berita saya dicium peminat di sebuah acara baru-baru ini, saya belum ada rasa takut dengan peminat.

“Saya faham tindakan itu adalah diluar kawalan. Komen-komen di sosial media yang membuatkan isu ini jadi lebih besar sedangkan saya anggap itu perkara biasa.

“Kalau ditanya, saya tak adalah sampai rasa takut dengan peminat sampai nak pasang bodyguard. Saya sedar saya dan ahli kumpulan bukan siapa-siapa lagi,” katanya kepada Xtra.

MK ketika ditemui di sidang media Konsert Haus Boom Music di Soro Lounge, Pavilion Elite, Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, MK menjelaskan ini bukan pertama kali kumpulan mereka berdepan dengan peminat ‘ganas’.

“Kami pernah berdepan dengan situasi begini seperti khemah, pagar roboh sebelum ini. Saya dan anggota kumpulan lain anggap benda ini biasa. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

“Malah kami bersyukur dengan penerimaan peminat terhadap kewujudan kami di dalam industri nyanyian,” akhiri MK.

K-Clique bakal membuat persembahan di sebuah konsert anjuran Haus Boom bersama dengan penyanyi terkenal antaranya Ella, Hujan, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta dan Budak Nakal Hujung Simpang pada 10 November depan di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 12 Nov 2022

SFMM37: Aina Abdul Letak Harapan Tinggi Untuk Lagu Terus Hidup

Penyanyi terkenal, Aina Abdul meletakkan harapan tinggi terhadap karyanya yang berjudul Terus Hidup di Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) nanti. Menurut Aina, karya Terus Hidup ini merupakan karya yang paling disayanginya dan mahu berusaha

Drama Thu, 18 Aug 2022

“Kami Sangat Baik & Ada Chemistry Yang Kuat” – Anna Jobling Jawab Status Hubungan Cinta

Awww…. ramai nampanya yang ship eyh dengan diorang ni♡♡♡

Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Penangan Viral… Pasangan Meor & Fazliana Disandingkan Untuk Kali Kedua Di #RewangRakyatRangers, Hot FM Siap Bawa Shila Amzah Menyanyi Lagi!

Kisah seorang pengantin lelaki, Meor Izz Rasydan, 27, yang terpaksa bersanding bertemankan sebuah komputer riba di atas pelamin bagi menggantikan pengantin perempuan iaitu Fazliana Sjafni, 28, yang tidak dapat hadir akibat dijangkiti wabak Covid-19 menjadi

Events Thu, 14 Mar 2019

Malaya Relived: The Fall of Singapore, the Start of Shafeeq Shajahan’s Historical Series

The young and talented are taking us on a trip down memory lane!

Featured Wed, 3 Aug 2022

7 Video Lucah Individu Mirip Vokalis Lelaki Popular Tersebar, Rakam Aksi S*ks Melampau!

Nohhhhh ghisau! Biar betul ni? Agak-agak siapa eh? 👀

Eat Travel Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Zee Avi Kembali Menetap Di KL

Alhamdulillah, someone is back for good!

| Live TV