Lepas ‘Menganjing’ Suami Di TikTok, Fatin Afeefa Padam Foto Aliff Awang?

Pelakon Fatin Afeefa kelihatan memadam foto dan juga video bersama suaminya, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai di akaun Instagram rasmi miliknya.

Menerusi pemerhatian XTRA, Fatin, 29, dilihat tidak lagi menyimpan gambar suaminya itu di akaun sosial media miliknya namun dia kelihatan kerap memuat naik fotonya yang kini mengenakan hijab.

 

Tindakan Fatin itu sekaligus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen selepas dia bertindak ‘menganjing’ suaminya secara terbuka berkenaan isu hina kereta biasa baru-baru ini.

Menerusi kenyataan terbukanya itu, dia juga meminta agar Opai tidak terlalu mendongak ke langit.

ARTIKEL BERKAITAN:“Hati-Hati Besok Mati…” – Gara-Gara Suami Hina Kereta Biasa, Fatin Afeefa Pula Diserang Netizen?

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Isu Hina Kereta Biasa, Fatin Afeefa ‘Menganjing’ Suami… Netizen Harap Kekal Tabah Bersama Opai – “Tak Selamanya Di Atas Bro”

Bagaimanapun, setakat ini Fatin masih lagi mengunci mulut berkenaan tindakannya itu.

Untuk rekod, Fatin dan Aliff Awang mendirikan rumah tangga pada 30 Disember 2022 dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh kedua belah pihak dan rakan terdekat sahaja.

Sebelum ini, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurnikan dengan kehadiran seorang cahaya mata perempuan, Ivy Hera Sophia, 8 tahun dan kemudiannya berpisah pada 30 Mei 2017.

Salma Syahbuddin