Lepas Netizen Persoal Siapa Jaga Anak Ketika Diana Danielle Ke Good Vibes, Ini Respons Farid Kamil – “Fi Amanillah”

Pelakon dan pengarah Farid Kamil tampil memberi respons selepas seorang individu mempersoalkan siapa yang menjaga anaknya, Muhammad dan Aurora ketika isterinya, Diana Danielle menghadiri Festival Good Vibes, baru-baru ini.

Terdahulu, Diana telah berkongsi momen dirinya menghadiri festival tersebut pada hari pertama ia dijalankan menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Namun, Diana turut terpanggil untuk memberi respons terhadap seorang individu yang mempersoalkan tentang anak-anaknya ketika menghadiri pesta tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Berhibur Di Festival Good Vibes, Individu Persoal Tentang Anak-Anak… Ini Respons Diana Danielle

Menyedari perkara tersebut, pengarah itu telah mendoakan agar kedua-dua anaknya itu berada di bawah lindungan Allah di ruangan komen laporan XTRA, baru-baru ini.

“Fi Amanillah Muhammad dan Aurora from babah,” komennya ringkas.

Pada 10 Mac lalu, Diana telah memfailkan permohonan cerai terhadap Farid.

Farid bagaimanapun enggan menceraikan isterinya itu kerana mempercayai rumah tangga mereka masih boleh diselamatkan.

Malah, pengarah itu telah memfailkan nusyuz terhadap Diana dan bakal dibicarakan pada 23 Ogos depan.

Susulan itu, Diana juga turut memfailkan nusyuz terhadap suaminya itu kerana dipercayai tidak menjalankan tanggungjawab rumah tangga mereka, pada 20 Julai lalu.

 

Fatin Nurain