Lerai Spekulasi, Syamsul Yusof Sah Nikahi Ira Kazar Di Thailand

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, akhirnya bersuara mengenai konflik rumah tangganya apabila mengesahkan berkahwin dua dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.

Majlis pernikahan sutradara KL Gangster dan wanita terbabit berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

Syamsul berkongsi khabar terbabit menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram, sebentar tadi.

“Hari ini saya bergelar suami Ira dengan berwalikan bapanya, Kazar Saisi. Ira kini sah menjadi isteri saya di sisi syarak dan Allah,” katanya.

Menurut Syamsul, perkara sebegini tidak seharusnya dikongsikan di media sosial.

“Penghujungnya, saya kena beri penjelasan terhadap setiap persoalan. Seperti dikatakan, saya akan meletakkan titik noktah terhadap isu rumah tangga yang tidak sepatutnya di kongsi dalam media sosial, tetapi nak buat macam mana,” katanya.

Syamsul juga mempunyai sebab tersendiri untuk bernikah di Thailand.

“Saya bernikah secara sah dengan Ira di Thailand. Ada sebab saya memilih berkahwin di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan kami juga sudah didaftarkan, syukur Alhamdulillah,” katanya.

Kredit foto: Ihsan BH Online

Padin