Hiburan By: SGMS Faida April 9, 2018 @ 7:13am

LHDN Arah Datuk Vida Bayar RM 4.6 Juta!

Pada penhujung 2016, jutawan terkenal Datuk Seri Vida pernah didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas 32 pertuduhan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu dilaporkan gagal mengemukakan penyata GST dan gagal membayar cukai GST membabitkan jumlah kira-kira RM4.2 juta sejak April 2015 hingga Julai 2016.

Baru-baru ini usahawan yang juga penyanyi lagu ‘I Am Me’ ini telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh supaya membayar cukai pendapatan individu bagi tempoh lima tahun yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM4.6 juta sebelum 21 Mei ini.

Arahan penyelesaian di luar mahkamah itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman Anselm Charles Fernandis selepas tuntutan itu difailkan oleh Peguam LHDN Nor Hidayah Mohd Anas dalam kamar hakim.

Dalam penyataan tuntutan LHDN itu, Hasmiza atau dikenali Datuk Seri Vida dikehendaki membayar kepada LHDN mengikut Subseksyen 91(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2011 hingga 2015 berjumlah RM4,686,435.79.

Datuk Seri Vida bagaimanapun tidak hadir dan hanya diwakili peguamnya, Zailan Mohamed dari Zailan Associates.

Zailan ketika ditemui pemberita memaklumkan perbincangan akan diadakan dengan LHDN bagi mengadakan pengstrukturan semula bayaran tuntutan berkenaan dan anak guamnya akan menyelesaikan tuntutan itu dalam tempoh ditetapkan.

Sementara itu Nor Hidayah menjelaskan LHDN sebelum ini ada mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Vida namun beliau gagal mematuhi perbincangan bersama yang dibuat sebelum ini berhubung bayaran cukai secara ansuran dan menyebabkan tuntutan dibuat di mahkamah.

Menurutnya, kes tuntutan itu akan berjalan pada 21 Mei ini sekiranya pengasas produk kecantikan itu gagal mengadakan perbincangan dan menyelesaikan tuntutan cukai pendapatan individu itu dalam tempoh ditetapkan- Bernama

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Rumah Tangga Saya Baik Saja – Nazim Othman

Dalam masa sama, Nazim memberitahu dia hanya akan bercakap mengenai perkembangan kerjaya dan bukan perihal peribadi selepas ini.

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Watak Syed Hamadi Lebih Popular, Apa Komen Amyra Rosli?

Betul ke watak Madi lebih ditunggu-tunggu?

Hiburan Wed, 2 Oct 2019

Ada Lagi Ke ‘Penyewa Neraka’ Zaman Ini

Tuan Rumah Terkedu Rumah Sewa Jahanam, Sampah-Sarap Sampai Cecah Siling

Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] Individu Dakwa Wanita Kaki Curang Pandai Buka Kereta Jenis Supercar, Fatin Afeefa Tampil Buktikan Salah!

Fulamakk, cuba teka Fatin Afeefa pandai ke tak buka pintu kereta jenis supercar? 🤔 Adakah ini bermakna Fatin seorang wanita yang.. 🤭😜

Featured Fri, 19 May 2023
Hiburan Thu, 27 Dec 2018

Cantiknya! Raja Ilya Kongsi Gambar Pertama Selepas Bergelar Isteri

Alhamdulillah…Semoga kekal bahagia hingga Jannah.

error: Content is protected !!