Hiburan By: SGMS Fas March 6, 2018 @ 2:04am

Lif Dah Siap! Tunggu Si Comel Pipi Merah Jer!

Bertuahnya bayi yang bakal dilahirkan ibu penyanyi terkenal, Dato Sri  Siti Nurhaliza dan Dato Seri Khalid Mohamad Jiwa yang juga dikenali sebagai Datuk K.

Mana tidaknya belum pun melihat dunia, ibu bapanya sudah menyediakan bilik nan indah malah dibina sebuah lif lagi di rumah untuk menyambut kehadiran si kecil  tidak lama lagi.

“Suamilah yang paling teruja membuat persediaan  terutama dari segi hiasan bilik bayi. Lif pun sudah siap,” cerita Siti  kepada BH online.

Pun begitu, Siti memberitahu, pembinaan lif bukan sahaja untuk memudahkannya bergerak tetapi untuk kegunaan orang lain juga seperti ibu dan ibu mertuanya.

Kredit: Instagram ctdk

Siti, 39, sudah tentu tidak sabar menanti cahaya mata sulong yang dinanti-nantikan selama 11 tahun  malah single terbaharunya,  “Comel Pipi Merah’ khas untuk si bayi sudah boleh didengar melalui platform digital bermula  hari ini.

Khabarnya, Siti terpaksa mengikuti nasihat pakar perbidanan untuk melahirkan bayinya melalui pembedahan memandangkan kebiasaannya  bayi dikandung menggunakan kaedah ‘In Vitro Fertilization” (IVF) jarang bersalin secara normal.

“Apa pun caranya, harapan Siti proses kelahiran dipermudahkan,”  katanya.

Kita doakan agar Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi comel pipi merah ya!

Siti berkahwin dengan Datuk K pada bulan Ogos 2006 di mana resepsi perkahwinan pertamanya yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mendapat 6.3 juta tontonan di televisyen seluruh Negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 3 Oct 2021

Pembayaran BKK Sehingga RM 1,000 Bermula Oktober Ini, Cara Semak Kelayakan & Permohonan

Umum maklum, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertujuan untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan kehidupan serta memperolehi jagaan yang sempurna. Bagi mereka yang ingin menyemak syarat kelayakan, […]

Featured Fri, 12 May 2023
Hiburan Fri, 30 Aug 2019

‘Netizen…Tolonglah’- Haqiem Rusli Nak Pesan Ni!

Kalau tak tahu…jangan buat apa-apa kenyataan dan menuduh saya!

Featured Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Tue, 14 May 2019

Elak Stress, Ajak Mengaku Tak Pernah Baca Komen Di IG

Pada awalnya bila Altimet tanya sama ada saya berminat untuk menyanyikan lagu Yang Mano, saya sendiri tidak yakin.

Trending Thu, 28 Apr 2022