Hiburan By: SGMS Faida March 4, 2019 @ 11:37pm

Lima Komposer Bantu Zamani Hasilkan ‘Aduh’

Bagi terus mengekalkan momentum kerjaya seninya, penyanyi Zamani memulakan langkah pertamanya tahun ini dengan berkolaborasi bersama penyanyi dan komposer tersohor Faizal Tahir. Kini, sebagai pembuka lembaran seninya untuk tahun 2019, Zamani hadir mempertaruhkan karya terbarunya berjudul ‘Aduh’.

 ‘Aduh’ merupakan hasil ciptaan Zamani bersama Faizal Tahir, Adib Hussin, Mike Chan, Romeo dan Karim Karam. ‘Aduh’ berkonsep pop kontemporari memberikan nafas baru kepada penyanyi yang sinonim dengan rentak pop balada ini.

Walaupun kali ini tampil berbeza dari  kebiasaan, kemampuan Zamani untuk menghembuskan jiwa ke dalam lagu ini dengan kelunakan vokal dan penghayatannya adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal.

Apatah lagi apabila senikata lagu ini bercerita tentang keluhan hati akibat cinta tidak kesampaian, suatu kisah yang mungkin bakal dikaitkan dengan pelantun lagu ini sendiri. Cubaan Zamani membawakan lagu berunsur kontemporari ini bakal memberikan sajian telinga dan perspektif yang berbeza buat penggemar tegar Zamani.

Penyanyi berusia 48 tahun ini mula mencipta populariti bersama kumpulan Slam menerusi lagu-lagu hits mereka, antaranya ‘Kembali Terjalin’, ‘Gerimis Mengundang’ dan ‘Tak Mungkin Berpaling’. Kali terakhir Zamani menerbitkan single pada tahun 2016 menerusi lagu ‘Tambatan Hati’.

Zamani menyifatkan ‘Aduh’ sebagai hadiah istimewa buat peminatnya yang tidak jemu menyokongnya selama ini. Zamani turut berharap agar taruhan terbarunya ini mendapat sambutan positif pendengar muzik tempatan.

 ‘Aduh’ merupakan single terbitan Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Single ‘Aduh’ boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music sejak 1 Mac 2019 lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Mantap! Double ‘A’ Bergabung Dalam Rojak

Gandingan pengacara popular Awal Ashaari dan Ajak bakal menghiasi kaca televisyen bakal mengetengahkan konsep sembang santai

Featured Wed, 15 Mar 2023

Pakai Seksi Di Paris… Netizen Kecam Ameera Khan, Persoalkan Ibadah Umrah

“Macam mana business trip ke Umrah?” – Netizen

Hiburan Sat, 1 Jan 2022

Heliza Helmi Sah Bergelar Isteri Datuk Seri

Penyanyi dan pengacara Heliza Helmi, 36, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. Melangsungkan pernikahan pada jam 11.11 pagi tadi, Heliza sah menjadi suri hati kepada Mahadi dengan sekali lafaz di

familuv Fri, 25 Nov 2022

Sambut Kepulangan Dari Switzerland, Hafiz Mahamad Terharu Diraikan Pekerja

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad yang baru sahaja pulang dari Switzerland setelah bercuti bersama keluarga terharu apabila kepulangan disambut oleh pekerja-pekerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.   View this post on Instagram  

Hiburan Sat, 29 Sep 2018

MATA Menang Lagu Terbaik APM 2018, Ayda Jebat Terkejut Sampai Tersalah Cakap?

Ini merupakan anugerah pertama untuk kategori ini yang pernah saya dapat. Saya percaya muzik yang bagus boleh diterima di mana saja walaupun bukan di Malaysia.

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Sun, 15 Aug 2021

11 Sektor Ekonomi Dibenar Beroperasi Esok

Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kebenaran operasi untuk 11 aktiviti ekonomi bagi negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dalam sektor perdagangan dan pengedaran, berkuat kuasa esok. 11 kegiatan ekonomi sektor perdagangan

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

| Live TV