Adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan atau Little Miss Khan (LMK) tampil meraih perhatian dalam kalangan peminatnya selepas membuka akaun TikTok, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di TikTok, Ameera telah memuat naik videonya menunggang kuda sebagai simbolik untuk mewar-warkan kewujudannya di platform tersebut.
“Hello welcome to my world,” tulisnya.
@ak.archivehello welcome to my world
Baru sahaja membuka akaun tersebut sejak beberapa hari yang lalu, Ameera bagaimanapun sudah meraih seramai 19,200 followers di TikTok.
Teruja dengan kemunculannya di TikTok, perkongsian tersebut turut dimeriahkan dengan komen dari rakan rapatnya, Rosix Omar.
“No syatu!! Terpaling letops babyy!,” komennya.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai respons dalam kalangan peminatnya yang teruja apabila selebriti itu sudah mempunyai akaun TikTok.