Featured By: Fatin Nurain September 9, 2022 @ 12:52pm

Liyana Jasmay Bangkit Dari Diskriminasi Industri Seni

Pelakon Liyana Jasmay mengakui dirinya pernah melalui fasa diskriminasi dalam industri seni selepas keinginannya untuk menjayakan sesuatu watak disekat kerana tidak memenuhi beberapa syarat.

Menurut Liyana, biarpun perkara itu dianggap tidak masuk akal, dia tidak mudah mengalah dan terus bangkit demi membuktikan rasa cintanya terhadap industri hiburan tanah air.

Sebagai seorang yang pernah melalui fasa diskriminasi itu, Liyana berkata, keinginannya untuk menjayakan sesuatu watak disekat lantaran tidak memenuhi syarat dan kriteria yang tidak masuk akal ditetapkan oleh segelintir penerbit.

“Ada watak yang saya mahu sangat, tetapi tidak dapat atas alasan terlalu muda. Ada yang beri alasan, tubuh saya begini, tidak sesuai. Kena berdada besar, kena seksi. Serba-serbi tidak cukup.

“Cuma, saya percaya kepada bakat dan kemampuan sendiri. Bila orang diskriminasi kita, apa yang boleh kita buat adalah bangkit. Jangan sesekali kita mengalah. Buktikan cinta terhadap seni lebih besar daripada itu,” katanya.

Selain itu, Liyana juga menyifatkan diskriminasi terhadap wanita ini adalah sesuatu perkara yang sering berlaku dalam pelbagai industri.

Malah, dia turut berharap setiap penggiat industri dapat membanteras perkara tersebut demi menjaga kelestarian bidang yang diceburi.

“Kalau nak cakap diskriminasi terhadap wanita, di mana-mana industri atau sektor pun wujud. Selaku pemain industri, saya akui diskriminasi itu memang wujud. Kita sering berdepan isu seperti bodyshaming, itu tak cantik dan ini tak cantik.

“Mungkin ada yang anggap itu normal dan sebagai gurauan, tetapi tidak untuk saya. Orang luar mungkin boleh bercakap sesuka hati, itu hak mereka. Kita tidak boleh halang, tetapi boleh memberi kesedaran.

“Cuma, apa yang saya harapkan, sebagai penggerak industri seni, kita kena bersama dan menolak diskriminasi terhadap bukan sahaja wanita, tetapi lelaki juga. Biarlah kelestarian industri kita ini terjaga,” ujarnya.

Kini, Liyana Jasmay telah melebarkan sayap kerjaya seninya sebagai seorang pengarah.

Sumber: Utusan Malaysia

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 Oct 2018

Gara-Gara Beri Anak Minum Coca-Cola, Bapa Dipenjara 3 Bulan!

Anaknya tak cukup makan sebab bapanya habiskan duit beli minuman keras!

Fab Foodies! Wed, 23 May 2018

Juadah Berbuka Puasa Untuk Si Comel!

Hidangan Ramadhan hari ketujuh ini, Chef Imelda Harris akan berkongsi menu kanak-kanak yang bakal membangkitkan selera anak anda dengan Baked Triple Cheese Pasta!

Hiburan Mon, 24 Jul 2023

[VIDEO] Berkat Menang ABPBH 35, Ada Syarikat Nak Sponsor Bell Ngasri Kereta

Alhamdulillah, rezeki! Tahniah Bell! Yak Yak yey!!!

Trending Wed, 4 Jul 2018

Adam Rayqal Mungkin Didera Sebelum Meninggal Dunia

Terdapat kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan Adam Rayqal Mohd Sufi.

Hiburan Wed, 21 Nov 2018
Featured Sat, 9 Sep 2023