Hiburan By: Ad Ops August 18, 2018 @ 10:00am

Lizzy Mahu Zul Ariffin?

Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan memasang niat untuk menjadikan abang sado, Zul Ariffin untuk tampil dalam video muzik Police Entry, namun hasrat Lizzy tidak kesampaian disebabkan jadual kerja Zul Ariffin yang terlalu padat.

Disebabkan hal tersebut,  tempat Zul tersebut telah digantikan dengan bakat baharu, Harris Annuar, yang juga anak usahawan terkenal, Zaiton Hassan.

“Sebelum ini, saya dan Zul berlakon bersama dalam filem terbaru arahan Syafiq Yusof, Misteri Delaila. Malah, Zul sendiri ada menyuarakan keinginan untuk kembali bekerjasama, dengan meminta saya mengundangnya menjadi pelakon dalam video muzik Police Entry.

“Memang Zul sepatutnya menjadi model utama dalam video muzik lagu terbaru saya itu. Tetapi, dia pula tidak lapang ketika penggambaran diadakan. Berikutan kami mengejar masa, akhirnya rezeki menjadi milik Harris.” Katanya

Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy mengaku, masih banyak kelemahan perlu diperbaiki apabila menjadi pengarah video muzik buat kali pertama.

“Secara peribadi, saya puas hati dengan hasilnya. Begitupun, masih ada kelemahan perlu diperbaiki. Ia tampak agak ringkas.

“Saya juga memang kekurangan rakaman. Jadi, selepas ini saya kena pastikan mempunyai lebih banyak ‘shot’ untuk mengisi apa yang kurang.

“Saya berjanji, kalau ada lagi peluang untuk mengarah, saya akan melakukannya dengan lebih bagus.” Katanya

Sumber: Instagram @elizabethtsm

Police Entry ialah single terbaharu daripada penyanyi berusia 24 tahun ini, lagu tersebut adalah hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.

Penggambaran video muzik berkenaan dilakukan selama dua hari, iaitu pada 6 dan 30 Jun lalu, di sebuah gudang di Petaling Jaya.

“Dalam imaginasi saya, video muzik ini berkonsep gabungan tarian filem Burlusque dan K-pop. Saya mahu lenggok tarian ditampilkan lebih ghairah. Atas alasan itu saya mencampurkan kedua-dua gaya tarian terbabit.” Katanya sambil mengakui kerja penerbitannya dilakukan agak tergesa-gesa.

Mula dikongsi di laman YouTube pada 6 Julai lalu, sehingga kini klip berkenaan meraih lebih 3.5 juta tontonan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

Selepas 27 Tahun, Akhirnya Nico G…

Wah…lama tak dengar pasal kumpulan Nico G!

Featured Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Berdepan Masalah Teknikal, Konsert Repvblik and Friends Batal

Sepatutnya konsert terbabit bakal berlansung pada 20 Disember ini.

Featured Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Bawa Watak Suami Baran & Kaki Curang, Netizen Hampir Pecahkan TV Akibat Geram Dengan Karakter Zamarul Hisham

Min geram sangat tengok Adam, laju je nak angkat tangan eh 🥵 Jangan lupa tonton Aku Tanpa Cintamu episode 7 jam 10 malam ini di TV3!

Events Wed, 10 Jul 2019

陈昇831来马首开个人演唱!大赞「马爷爷」好酷

陈昇出道30年,8月31日来马首开个人演唱;适逢国庆日及首相敦马哈迪生日,陈昇大赞「马爷爷」好酷!