Luah Rasa Sebak, Syada Amzah Rindu Nak Berkumpul Dengan Adik-Beradik – “Mustahil Tak Sayang…”

Perkongsian terkini, penyanyi Syada Amzah mencuri perhatian apabila dia meluahkan rasa rindu terhadap adik-beradiknya.

Menerusi hantaran di Instagram, adik kepada penyanyi Shila Amzah itu berkongsi semula hantaran video daripada Instagram ibunya, Fauziah Sarman yang memuat naik foto-foto anak-anaknya.

Kata Syada, dia amat merindui untuk berkumpul dengan semua adik-beradiknya.

“Mustahil tak sayang darah daging sendiri. Missing my whole family.

“Not just individually, rindu berkumpul semua lengkap even if it’s impossible. Sayang semua,” tulisnya di Instagram Story.

Sebelum ini, timbul konflik dalam kalangan adik-beradik mereka berhubung isu rumah banglo yang di bawah nama Shila.

Syada mendakwa kakaknya itu telah menghalau mereka daripada kediaman banglo tersebut.

Bagaimanapun, isu rumah banglo tersebut dikatakan telah selesai di mana Syada bersama ibu dan adik-beradiknya yang lain menduduki rumah kondo.

Artikel Berkaitan: Isu Halau Keluarga, Syada Amzah Selesai Pindah Rumah… Hubungan Dengan Shila Masih Dalam Mod ‘Silent’- “Ini Perkara Biasa Yang Berlaku Dalam Family Yang Pecah-Belah”

Artikel Berkaitan: Mahu Hidup Bersederhana, Shila Amzah Perjelas Isu Jual Rumah Banglo – “Saya Dan Ubai Nak Mendidik…”

Artikel Berkaitan: Adik Didakwa Pinjam Duit Kawan Untuk Bayar Sewa Rumah, Ini Respons Shila Amzah & Syahir – “Kami Memang Tak Ambil Tahu”

Aqilah Paharuzi