Hiburan By: SGMS Faida September 9, 2019 @ 10:41am

Luahan Rasa Tya Arifin Untuk Suami Buat Warganet ‘Cair’

Kehidupan pasangan pelakon dan penyanyi Indonesia, Tya Arifin bersama keluarga sering menjadi perhatian ramai.

Apa lagi selepas mewujudkan channel Youtube sendiri, aktiviti harian menantu kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini dikagumi penonton bukan sahaja di negara asalnya malah peminat di Malaysia. 

Akui Tya, dia kini melayari saat terindah sebagai seorang isteri kepada suaminya, Asyraf Khalid.

“Hampir 4 tahun menjadi teman hidup. Suka duka senang susah sedih tawa kita bersama.

“Ya, masih banyak lagi cerita indah yang ingin kita ukir. Masih banyak lagi impian yang ingin kita raih. Semoga semesta merestui jalan kita sampai nanti,” tulisnya di Instagram, baru-baru ini. 

Sebilangan besar peminat pelakon filem Preman Pensiun ini mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga hari tua.

 

Pelakon dari Palembang, Indonesia ini berkahwin dengan Asyraf Khalid pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua anak, Arif Jiwa, 2, dan Azzahra Jiwa yang dilahirkan pada 9 Mei lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

Kemelut UNIC, Tarik diri sebab Bazli

Najdi tidak akan bersama Bazli dan Fakhrul di pentas akhir Anugerah Nasyid 2017 (AN2017) yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Hiburan Wed, 22 Jan 2020

Bersedia Untuk Timang Bayi, Siti Nurhaliza Ingin Anak Lelaki

Semoga doa Siti dimakbulkan yang Maha Esa…

Selebriti Fri, 1 Dec 2023
Hiburan Wed, 27 Sep 2023
Hiburan Fri, 26 Apr 2019

演员Josiah林伟利跨界餐饮业!经营「熊黑堂」奶茶生意

出身自八度空间真人选秀节目《非常演员》的Josiah林伟利跨界餐饮业,经营「熊黑堂」奶茶生意。

Hiburan Tue, 20 Feb 2024

Terpaksa Bohong Ibu Bapa, Amir Masdi Dedah Pernah Buat Show Tidak Berbayar

Allahu kesiannya.. Tak baik ambil kesempatan macam tu..

Hiburan Fri, 23 Nov 2018